07 January 2010
05 January 2010
Malu Tipikal Disitu
Hari ini aku bersemangat untuk menemani rakanku bernama **ant untuk ke gedung barangan komputer.
Ya, aku sudah memiliki sebuah desktop.Akhirnya.
Ketika dalam perjalanan ke gedung tersebut yg terletak di Bukit Beruangs, aku tertarik mendengar perbualan **ant dengan rakannya bergelar Aiman.
Dalam perbualan tersebut, si aiman ada bercerita tentang satu kejadian yg berlaku pada dirinya. macam nilah lebih kurang dialognya:
Aiman: "Masa aku tengah kat .......(satu tempat ni), ada kakak ni tanya aku, boleh cakap english tak? So, aku pun cakaplah sikit-sikit je.
Pastu kakak tu speaking kat aku. Aku tak dapat tangkap coz laju je kakak tu cakap.
So kakak tu cakaplah kat aku "Apa ni dik, simple english pun tak paham."Ni kakak ada something nak tunjuk kat adik...." So aku pun mencelahlah, aku cakap, takpelah kak,takpe.tak mahu.(ayat tipikal untuk menolak ajakan salesman)
Pastu akak ni cakaplah kat aku:
"Takpe dik, tapi jangan menyesal, nanti jadi penganggur...."
Aku pun perli dia balik:
"Mampus kaulah! If macam tu, kau watpe kat sini keje mcm ni?"
and aku pun blah dari situ.
Macam tulah lebih kurang ayat yang aku dengar.
Tapi ada something yang aku tengok dalam situasi ini.
1. Saleswoman yang merendahkan anak bangsa sendiri.
2. Pemikiran tipikal orang melayu terhadap kedua-dua bahasa melayu dan bahasa Inggeris.
Bagi aku tidak perlulah mengagungkan sangat bahasa barat tu, tapi dalam masa yg sama kita kena gunakan peluang kita untuk mempelajari bahasa mereka ini.
Dalam hal ni, saleswoman tu menunjukkan yang bahasa Inggeris itu sangat perlu dan maha hebat dalam hidup ini.
Yang Aiman tu pula mempertahankan something, dengan cara memalukan saleswoman itu semula.
Nampak tak sesuatu dalam perbualan diatas?
Elemen saling memalukan antara satu sama lain telah digunakan.
Tipikal elemen dalam hidup kita ini kan?
Malu, memalukan dan dimalukan.
Yang MALU begitulah,
yang MEMALUKAN kelihatan bodoh,
dan DIMALUKAN kelihatan sangat hina.
19 December 2009
Faunaku

Aku bergelumang dengan pokok-pokok sejak aku dilahirkan.
Sejujurnya, aku tidak berapa minat...bukan membenci,
cuma kurang minat.
20 tahun, rasanya sudah ribuan pokok aku tanam, siram, baja, cantas, dan semuan-semuanya.
Nyamuk, Kerengga, Semut Api, Lipan, semuanya rasanya sudah merasai badan aku ini.
Haha, ironinya, aku tidak boleh berhenti.
Kerana tanggungjawab.
17 December 2009
15 December 2009
Kamu Sangat Beerti
Kadang kadang aku terfikir,
Benarkah ada erti hubungan antara dua insan.
Hubungan apabila dua insan bertemu,
Berkenalan,
Saling mengenali,
Saling mula mencintai,
Saling menerima,
Saling mengikat kasih,
Mengikat janji.
Hingga ke syurga.
Menjadi teman hidup,
di kala kesedihan menyelebungi hidup,
di saat kegembiraan datang menjengah,
dimana semua itu dapat dikongsi,
agar hidup lebih beerti.
Beertikah hidup aku?
Bila kau datang mengintai?
dan menyintai?
Tanyalah dirimu,
Dan apa yang ada di hati mu,
Itulah aku.
Sekarang, takdir menentukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

