03 April 2010

hahahaha.
Ada aku peduli?
P.A.R.A.S.I.T

29 March 2010

1 Malaysia 1 Media

2 hari, dan debarannya berakhir.
2 hari dan segalanya seakan sudah habis.

Selama 2 hari seluruh pelajar semester 6 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,
Mengeluarkan peluh bergelen-gelen dalam melangsungkan event 1Malaysia 1Media.
Aku kira event  ini berjaya, dengan ada sedikit cacat-cela yang mungkin boleh dimaafkan,
Tapi rasanya, itu kita letakkan pada hak pensyarah kami.

Hari pertama aku kira sedikit mendebarkan, dimana hari yang panas diceriakan hanya dengan permainan dan hadiah-hadiah untuk menarik pengunjung. Adat pengunjung, mungkin juga adat manusia.
Pengisiannya sedikit kabur, namun aku tidak kecewa pun.
Kulit muka semakin gelap setiap jam yang berlalu.
Apabila sudah menyesuaikan diri, masing-masing mula tersenyum, mula bergerak dan mula aktif.
Hingga pada akhirnya, kaki ini sudah rasa macam mahu tercabut.

Hari kedua sangat bermakna, kedatangan ketua menteri memeriahkan majlis.
Lebih bermakna, kami bertemu Encik Wan Kamarudin Wan Ibrahim, hos rancangan Talian Hayat NTV7.
Orangnya berpewatakan menarik, orangnya tegas, punya misi dan objektif tersendiri.
Menemu-ramah beliau membuatkan aku menghormati dia.
Dia seorang yang baik, bagi aku.
Lebih teruja apabila kami sempat menemukan Dato' Mizan dan juga Sir Rauf dengan beliau.
Walaupun aku tidak dengar apa yang mereka bualkan, tapi aku cukup gembira melihat semua ini.
Perpisahan membuatkan kami seperti ada hubungan dengan pasukan produksi Talian Hayat.
Terima Kasih Cik Azizul,
Terima Kasih Lala dan Sue yang menjadi peneraju.
Iqbal menjadi penasihat dan rakan kerja yang baik,
Merekalah yang membuat ini semua berlaku.


Tidak lupa juga pada jiran-jiran khemah kami, Ezzat Asyik & pasukan CATCH-UP TV,
Dan juga Dosh & pasukan TM serba orennya.
Mereka-mereka yang suka memerli aku. terutama kumpulan yang ITU, aku tidak kisah pun walaupun anda menggunakan patung besar dan juga gelak-ketawa.
Warga kelasku, terima kasih atas sokongan dan perpaduan.
Izdihar Jaafar, terima kasih dan jangan lupa rehat sebelum engkau jadi gila sepenuhnya.Haha.
Miss Wan Rozza, terima kasih atas tunjuk-ajar dan berilah kami A+.Harhar.

2 hari, yang bermakna, kenangan sebelum habis di UiTM Melaka ini.
Aku sayang anda semua.
Minta Maaf jika aku ada melukakan sesiapa.
1Malaysia 1Media.

17 March 2010

Kecil,besar,miskin,kaya,muda dan tua.

Aku sekarang suka mendendangkan alunan Raihan dalam hatiku.
Tapi yang aku ingin kongsi adalah salah satu petikan dari salah satu lagu Raihan.
Isinya simple dan straightforward tapi penuh makna dengan realiti kehidupan majoriti manusia akhir zaman ini.

"Yang kecil mahu yang besar"
"Yang besar makan yang kecil"
"Yang miskin nak jadi kaya"
"Yang kaya miskin jiwa"
"Yang muda hilang malunya"
"Yang tua lupa usia"


Haha. Sangat bijak lirik lagu ini.
Jom saling mengingati!


13 March 2010

Jannah atau Jahannam

Menjelang Akhir Zaman,
Kala Matahari kian terjunam ke ufuk Barat,
Bila mata manusia dipejamkan,
Oleh para perkasa materialistik,
Oleh janji manis masa depan,
yang kononnya akan datang dengan keagungan,

Menjelang Akhir Zaman,
Apabila pemikiran manusia,
Disempitkan oleh onar-onar kekejaman,
Dibisikkan nafas Syaitan dan nafsu yang kian menggila,
Manusia kembali,
Bukan KepadaNya, tapi pada Jahil-Liyah.

Menjelang Akhir Zaman,
Apabila yang wajib dipunahkan,
Dan yang haram dihalalkan.
Keagungan omong-omong yang tidak kemana,
Musnah akhirnya,
Ditelan kemusnahan abadi.

Yang akhirnya terjerumus pada dua kesimpulan.
Jannah atau Jahannam.

28 January 2010

Confirm

"Siapa yang boleh confirm dengan saya yang dia confirm boleh hidup sampai esok?"

Ayat ini adalah petikan peringatan dari seorang ustaz di UiTM Melaka.
Sangat  pasar ayatnya tapi dengan makna yang sangat mendalam.

"Semalam kita tutup mata tidur, bangun masih diatas katil empuk.
Tapi jika ditakdirkan kita tutup mata malam ini untuk tidur dan buka mata esoknya berada di dalam kubur, macam mana?"

Jom saling mengingati antara satu sama lain.
Yang kita masih punya tujuan itu:
Sebagai hamba Allah SWT.

27 January 2010

Bila hati diluahkan

Bila manusia pentingkan diri sendiri.
Bila yang dewasa tidak boleh berfikir macam dewasa.
Bila mulut mengumpat, mengutuk di belakang. Penakut.
Bila sesuatu itu baik, mulut mengatakan tidak.
Mencebekkan muka, membuat muka masam semasam air limau tanpa gula.
Tidak fikirkan perasaan mereka yang memberi cadangan, untuk kebaikan mereka juga.
Fikirlah, dalam dunia, bukan anda seorang saja yang betul. Dan saya pun ada juga yang tidak betulnya.
Bila dimarah, mula membenci. Bila dibiarkan, makin menjadi. Bila orang tegur, di bantai nya balik.
Fikir positif, jangan buat ikut suka, nanti memakan diri sendiri.
Asyik fikir yang negatif. Nampak yang negatif. Labelkan pun semuanya negatif.
Yang baik tidak nampak, yang sepatutnya sengaja dibutakan.
Tengok sekarang, siapa yang buta sebenarnya?
Jangan cakap sesuka hati, jika tidak pasti.
Nanti silap hari bulan dilabel penfitnah.

Itulah yang aku memang tidak boleh terima.
Mereka-mereka yang kononnya berjiwa merdeka,
Yang semua yang dalam fikiran mereka adalah betul.
Yang maha hebat lagi bernas dan tidak boleh dilawan langsung.
Tapi apakan daya, aku pun macam mereka juga: sama: MANUSIA.

26 January 2010

Otromens




Ultraman!
Aku jumpa dua Otromen ini.
Kepunyaan rakanku.
Otromen original dari Jepun nun.
Haha.
So, apa lagi kan?
Jom ambil gambar...

Spesifikasi Fotografi:
2 Ultraman Type A & B.
Background:
Robot Lego.
Kain Hitam.
Torch Light.

Terima kasih kepada Bob, juniorku kerana sudi memegang lampu suluh dengan suka-relanya.

25 January 2010

kemelut jiwa raga.

Hoo.

35mm, 1.1.8f lens from Nikon?

Hoh, ini betul-betul menggoda nafsu aku.
Nafsu untuk membelinya.
Tapi sekatan atau catuan wang ringgit menjadi penghalang.
Yaaa....duit.
Ikutkan hati dah lama aku terbang ke kedai kamera dan mengangkut Nikon D3s tu.
Tapi...yaaaa....duitnya mana mahu cari...
harganya saja membolehkan aku menjadi kurus kering-kelaparan sampai habis belajar nanti.
hahaha.
Tapi impian tetap impian.
dan impian bisa jadi kenyataan kan?

 heh. Aku sangat perlukan zoom lens.
Tidak dapat yang yang telephoto,
Yang zoom lens biasa pun jadila.
haha.
Tapi memandangkan aku sudah membeli bermacam benda semester ini, duit hanya cukup untuk makan saja.

Untuk tontonan semua. Sila lelehkan air liur.Harharhar.
Aku sudah tidak betul.


Jelajah KL