14 April 2010

Siapa Ini?

Siapa yang lebih mulia?
Dia yang bermandikan dosa,
Lalu membersihkannya dari badannya,
atau dia yang memakai dosa?

Siapa yang lebih baik?
Dia yang memakai dosa,
Lalu menanggalkannya,
atau dia yang memakan dosa?

Siapa yang lebih ingat?
Dia yang memakan dosa,
Lalu memuntahkannya,
atau dia yang menjadi dosa?

Lalu siapakah ini?
Dia yang menjadi dosa,
Lalu kembali menjadi manusia hambaNya.
Siapa ini?

Peluang itu ada.
Allah Maha Pengampun.
Allah Maha Pengasih.
Selangkah kita padaNya,
Seribu langkahNya pada kita.
Kadang aku tertanya-tanya..
Antara mereka yang palsu dan yang benar,
ada  siapa sebenarnya?
Mereka yang buat tidak tahu tetapi memasang telinga,
Memerhati dan berkata-kata dalam hati.
Siapa mereka sebenarnya, bukan bersangka buruk, sekadar tertanya-tanya.

Bagaimana mereka menilai orang?
Kita tidak tahu.
Mereka menilai kita? Positif atau negatif?
Kita tidak tahu.
Tetapi satu kenyataanlah;
Manusia senang melihat kesalahan daripada kebaikan.

Aku punya pandangan aku sendiri.
Aku rasa aku tidak unik, cuma skematik yang lain ciri-cirinya.
Aku tidak pernah berkata yang aku seorang yang baik,
Tetapi aku cuba jadi yang baik itu.
Tapi itulah, manusia, nampak yang buruk, buta yang baik.
Ini untuk kesedaran aku sendiri, kerna aku percaya,
Aku tidak sempurna mana....

13 April 2010

Two is better than 1?

Persoalan dan dilema..
Ikut hati atau terus dengan kepalsuan?
Keplasuan yang meragut diri,
Atau kebenaran yang membawa kebahagian?

terus menjaga hati yang sudah tidak ikhlas,
atau membuka lembaran baru, bahagia bersama?

Dilema, yang tiada haknya.

03 April 2010

hahahaha.
Ada aku peduli?
P.A.R.A.S.I.T

29 March 2010

1 Malaysia 1 Media

2 hari, dan debarannya berakhir.
2 hari dan segalanya seakan sudah habis.

Selama 2 hari seluruh pelajar semester 6 Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,
Mengeluarkan peluh bergelen-gelen dalam melangsungkan event 1Malaysia 1Media.
Aku kira event  ini berjaya, dengan ada sedikit cacat-cela yang mungkin boleh dimaafkan,
Tapi rasanya, itu kita letakkan pada hak pensyarah kami.

Hari pertama aku kira sedikit mendebarkan, dimana hari yang panas diceriakan hanya dengan permainan dan hadiah-hadiah untuk menarik pengunjung. Adat pengunjung, mungkin juga adat manusia.
Pengisiannya sedikit kabur, namun aku tidak kecewa pun.
Kulit muka semakin gelap setiap jam yang berlalu.
Apabila sudah menyesuaikan diri, masing-masing mula tersenyum, mula bergerak dan mula aktif.
Hingga pada akhirnya, kaki ini sudah rasa macam mahu tercabut.

Hari kedua sangat bermakna, kedatangan ketua menteri memeriahkan majlis.
Lebih bermakna, kami bertemu Encik Wan Kamarudin Wan Ibrahim, hos rancangan Talian Hayat NTV7.
Orangnya berpewatakan menarik, orangnya tegas, punya misi dan objektif tersendiri.
Menemu-ramah beliau membuatkan aku menghormati dia.
Dia seorang yang baik, bagi aku.
Lebih teruja apabila kami sempat menemukan Dato' Mizan dan juga Sir Rauf dengan beliau.
Walaupun aku tidak dengar apa yang mereka bualkan, tapi aku cukup gembira melihat semua ini.
Perpisahan membuatkan kami seperti ada hubungan dengan pasukan produksi Talian Hayat.
Terima Kasih Cik Azizul,
Terima Kasih Lala dan Sue yang menjadi peneraju.
Iqbal menjadi penasihat dan rakan kerja yang baik,
Merekalah yang membuat ini semua berlaku.


Tidak lupa juga pada jiran-jiran khemah kami, Ezzat Asyik & pasukan CATCH-UP TV,
Dan juga Dosh & pasukan TM serba orennya.
Mereka-mereka yang suka memerli aku. terutama kumpulan yang ITU, aku tidak kisah pun walaupun anda menggunakan patung besar dan juga gelak-ketawa.
Warga kelasku, terima kasih atas sokongan dan perpaduan.
Izdihar Jaafar, terima kasih dan jangan lupa rehat sebelum engkau jadi gila sepenuhnya.Haha.
Miss Wan Rozza, terima kasih atas tunjuk-ajar dan berilah kami A+.Harhar.

2 hari, yang bermakna, kenangan sebelum habis di UiTM Melaka ini.
Aku sayang anda semua.
Minta Maaf jika aku ada melukakan sesiapa.
1Malaysia 1Media.

17 March 2010

Kecil,besar,miskin,kaya,muda dan tua.

Aku sekarang suka mendendangkan alunan Raihan dalam hatiku.
Tapi yang aku ingin kongsi adalah salah satu petikan dari salah satu lagu Raihan.
Isinya simple dan straightforward tapi penuh makna dengan realiti kehidupan majoriti manusia akhir zaman ini.

"Yang kecil mahu yang besar"
"Yang besar makan yang kecil"
"Yang miskin nak jadi kaya"
"Yang kaya miskin jiwa"
"Yang muda hilang malunya"
"Yang tua lupa usia"


Haha. Sangat bijak lirik lagu ini.
Jom saling mengingati!


13 March 2010

Jannah atau Jahannam

Menjelang Akhir Zaman,
Kala Matahari kian terjunam ke ufuk Barat,
Bila mata manusia dipejamkan,
Oleh para perkasa materialistik,
Oleh janji manis masa depan,
yang kononnya akan datang dengan keagungan,

Menjelang Akhir Zaman,
Apabila pemikiran manusia,
Disempitkan oleh onar-onar kekejaman,
Dibisikkan nafas Syaitan dan nafsu yang kian menggila,
Manusia kembali,
Bukan KepadaNya, tapi pada Jahil-Liyah.

Menjelang Akhir Zaman,
Apabila yang wajib dipunahkan,
Dan yang haram dihalalkan.
Keagungan omong-omong yang tidak kemana,
Musnah akhirnya,
Ditelan kemusnahan abadi.

Yang akhirnya terjerumus pada dua kesimpulan.
Jannah atau Jahannam.