01 January 2014

The Arrivals of The Birds - Orchestra

Bismillah, mohon play lagu di atas untuk menghayati tulisan kali ini. Hahaha.
Saya menulis kali ini ingin menyimpulkan kata-kata, membuat kesimpulan 12 bulan tahun masihi yang telah pun tamat. 

Klan Salleh Samad
Tahun ini tahun besar bagi ahli-ahli Klan Salleh Samad. Kakak kedua melangsungkan perkahwinan dengan suaminya, Alhamdulillah pilihan yang dibuat InshaAllah baik. Saya menarik nafas lega kerana mereka membuat keputusan untuk tidak bersanding, cukup Majlis Nikah dan kenduri semampunya, penuh dengan kemuliaan Islam, bukan tradisi Melayu. Kakak yang sulung sudah kembali ke Malaysia, walaupun bakal terbang semula ke Oman cukup masa nanti. Tinggallah 4 jejaka terus berdiri dalam rumah pusaka.

Loceng tahun baru paling susah untuk saya kawal perasaan. Marhumah Radziah bt Abd Rahman tersemat dalam hati. Jiwa masih pilu, rindu yang teramat. Al Fatihah and I miss you mak.

Nagarian
Working in an Advertising Agency is tough. 2013 jadi saksi Shukri Salleh struggle sebagai seorang eksekutif jenama. But I'm proud of myself. I'm a survivor and still a student. Tersedar kerja hanyalah kerja dan ia adalah salah satu bentuk Ibadah. My works are for you Allah. Every seconds of my works I dedicated for You, I hope my words now are sincere and true. Guide me Ya Allah. Guide me.

Tahun baru dengan semangat baru. Inshaallah perlahan-lahan saya mengorak langkah untuk membuka perniagaan sendiri. Aset dan modal sedang giat dikumpul. Sekali lagi mengharap pada Allah. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal - DUIT kata Pencetus Ummah Thowi.

Shukri Salleh
The last photo of myself in the year 2013.
May Allah bring prosper and protection to my Iman.
May Allah honour me with good rezeki and relationships among people.
May Allah guide me to the right path of the Ad Din.
May Islam prosper throughout the world.

14 December 2013

So yes, the mini studio equipments arrived. And when you do not have any models, let your brothers express themselves in front of the camera. 2 lighting sets, 1 backdrop set, and 1 set of wireless trigger. Hopefully I'm on the right track. Insyaallah. Go Shukri Saleh Photography!

25 November 2013

I take pictures.
But I would like to take your heart.
I take photographs.
But I would like to take you out.
I take moments.
But I would like to take your smile.
I take memories.
And I would like to take you as my dearest wife forever.

*SHH-CLICK*
Opss, the lighting is not okay, smile AGAIN!

23 November 2013


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

If I adore You out of fear of Hell, burn me in Hell.
If I adore You out of desire for Paradise, lock me out of Paradise.
But if I adore you for Yourself alone. do not deny to me Your eternal beauty.

- Rabiatul Adawiyah.

22 November 2013

Aku ingin pulang,
Ke hadrat cahayaMu,
Sementara belum hilang,
Ke lohong nerakaMu.

Allah,
Aku penipu!
Bila aku ucap kata taubat,
Aku ucap penuh kepalsuan,
Penuh makna musibat,
Tiada langsung keilkhlasan.

Allah,
Saat dunia makin gelap,
Aku terus menerus munafik,
Tersedar cahaya makin malap,
Aku ingin pulang ya ALLAH!

Allah,
Aku sudah penat,
Lelah dengan dunya ini,
Sesak dengan nafsu ini,
Loya dengan diri sendiri.

Allah,
Ingin sekali berjuang,
Laungkan CintaMu,
Ingin jadi pejuang,
Tetapi malu denganMu.
2 Brothers by Nikon D100

21 November 2013

Akibat kerja terlalu lama, aku akhirnya diserang Anxiety Attack - tiba-tiba sukar bernafas, tangan menggigil dan kepeningan yang melampau yang akhirnya membuat aku tidak mampu bekerja selama 4 hari berturut-turut. Subhanallah. Aku terkesima. 

Aku bangun tidur hari ini dan soalan pertama yang bermain dalam fikiran adalah what's the purpose of life?' Ya Allah. Selama aku bekerja, tiada masa untuk aku fikir jawapan kepada soalan yang paling penting dalam dunya. Aku semakin jauh. Aku semakin tenggelam dan tersedar yang aku tidak pernah gembira dengan pekerjaan ini. Semuanya penipuan yang nyata. Tapi kemana harus aku pergi? Ya Allah, berilah aku petunjuk yang nyata dan mudah aku fahami.  

19 November 2013

The conscious mind

Allah beri akal seeloknya untuk kita berfikir. Untuk cari sebab dan jawapan. 

Apakah dunia jika bukan tempat sementara yang foundationnya adalah cabaran dan dugaan. Tapi ramai mana yang punya kesedaran untuk tidak menyangkutkan diri sendiri pada ampaian dunia. Sistem kerajaan seantero dunia menyekat penubuhan masyarakat yang bebas peperangan, kemiskinan dan jenayah. Sistem wang ringgit sendiri membawa lebih kerosakan dari kebaikan. Sehingga hampir semua orang akan berkata - ada duit boleh hidup senang. Ada duit boleh ibadah lebih senang. Ada duit semua orang boleh bahagia. Bila hakikatnya hidup semua orang akan jadi lebih baik jika semua orang tidak berduit dan menggunakan sistem lain yang lebih adil dan menyeluruh.

Penulis berpena tanpa solusi tetapi dengan hati yang penuh harapan.

15 October 2013

Sacrifices that we made

Pengorbanan iklas seorang insan,
Mencari cinta sempurna dari Ilahi,
Meneroka indahnya Iman,
Agar tersedia menanti mati.

Kepada semua yang telah berkorban demi utuhnya Iman, Allah menantimu di akhirat kelak.
Ya Allah. Akui dan terimalah pengorbananku. HambaMu dingin menagih cintaMu.