21 November 2011


Steady Hands. :D
- Dewan MBSA, Shah Alam.
‎"And indeed We have created man, and We know whatever thoughts his inner self develops, 
and We are closer to him than (his) jugular vein.”

~Indeed, Allah knows you, and sees you, and cares about you more than you can imagine.

I am waiting for Your call.

Tidak. Tidak boleh selamanya begini. Semakin jauh, semakin tidak tenang.

17 November 2011

Assalamualaikumwarahmatullahitaala

"Biar pakaian kita outdated, asalkan hati kita tidak outdated.
Hati yang tidak outdated?
Hati yang sangat cintakan Allah.
Kerana cinta Allah tidak pernah outdated."

15 November 2011

Assalamualaikumwarahmatullahitaala

"Labbaikallahumma labbaik,
Labbaikala sharikala kalabbaik,
Innalhamda wanni'mata laka walmulk,
La sharikalak.."

"Hambamu datang menyambut panggilan-Mu,
Ya Allah hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala puji-pujian dan nikmat
dan kerajaan adalah kepunyaan-Mu yang tiada sekutu bagi-Mu"


I am thiking all the time
when the day will come
standing there before you
accept this Hajj of mine
standing in ihram, making my tawaf
drinking blessings from your well
the Jali to Safa and Marwah
rekindles my imaan
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day, when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
praying for the day when I can be near the Kabah wall.
~Waiting for the Call by Irfan Makki  :')

03 November 2011

Assalamualaikumwarahmatullahitaala

Indah bukan? Bila Islam melabuhkan tangannya pada tubuh rohani kita? Rasa dipeluk dan didodoi lena.
Rasa tenang apabila kalbu disejukkan dengan  cahaya yang benar.  Alhamdulillah, walaupun bermacam sudah berlaku, masih ramai yang masih bertanya, dimana kedudukan aku dalam dunia ini, bukan sebagai seorang manusia yang hanyut, tetapi sebagai manusia hamba kepada Allah.  Tidak kiralah sesiapa pun...Allah sentiasa ada. Ketika Allah memberi hidayah, ketika Allah memberi kita peluang untuk menyarung tudung, memakai kopiah, membentangkan sejadah, menyempurnakan solat-solat wajib, bersujud menyembahnya, mengangkat tangan, memohon padaNya, ketika masih ada peluang untuk melihat orang-orang yang kita sayangi, sebelum orang itu tiada, atau ketika Izrael sudah turun pada diri sendiri untuk menutupkan mata.  Saat mata, kunci pada anggota lain terbuka, saat jasad tidak lagi bermakna. Masih indahkah kita? 

29 October 2011



Assalamualaikumwarahmatullahitaala

Mulai tertarik dengan awan-awan di Shah Alam kebelakangan ini. 
 Cantik dan berlayer-layer. Oh, yang ini untuk awak. :D

27 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullahitaala

Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10)

"Tidur yang sihat adalah bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi. Tambahan lagi tidur di antara jam 12 malam sehingga 1 pagi dinamakan tidur delta dan tidur 1 saat pada masa ini bersamaan tidur 45 minit waktu lain. Satu lagi masa yang disunatkan untuk tidur ialah jam 12 tengah hari hingga 1 petang." 
(~http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/)
Sekadar Berkongsi. Haish. Aku kadang-kadang kalau  tiada kelas dan penat sangat, mahu sampai 10 jam aku tidur. Tidur yang sihat dalam Islam 4 jam sahaja.  Mampu ke? Susah.
Assalamualaikumwarahmatullahitaala

Tabahkan usaha, kuatkan jati diri. Yang menyebut ini pun lemah, jadi boleh jadikan nasihat untuk diri sendiri juga. Bisikan halus menghantui diri. Halus sangat sampai tembus ke hati. Meronta-ronta, meminta untuk dilepaskan dari belenggu itu. Bisikan apa sampai begitu bunyinya? Bisikan penyesalan. Kesalan merupakan sesuatu yang sangat berharga.  Sesiapa yang tidak kesal mungkin tidak berhati. Setiap kesalan jadikan pendorong. Untuk maju setapak lagi. Sebelum terjatuh lagi.

22 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Tau, tau. Semua orang dah bercerita tentang cerita ini.  
Tak banyak filem yang bagus seperti ini keluar panggung.
Walaupun masih ada benda-benda pelik dalam filem-filem barat ni (okay, stereotype disitu), 
tapi filem ini membuktikan dan menyampaikan satu mesej yang jelas.
"even the weakest man can kill the strongest."
Sekecil atau sesampah mana pun diri ini, jika kita rebut peluang, hasilnya pasti hebat.
Tidak perlu jadi yang luar biasa.  Jadi yang biasa, melakukan yang luar biasa. 

The weakest man is the one who is able to correct his moral defects, but doesn't take action. -Ali bin Abi Talib.