Hari ini bertafakur di rumah. 24 jam tidak keluar rumah dan hanya berehat menanti esok. Elok sangatlah setelah bekerja seminggu tanpa henti. Malam semalam sempat meraikan hari lahir Qila, minggu depan bakal meraikan majlis pernikahan Adila. Come December, bakal meraikan pernikahan Kakakku. Sempat tadi mengambil gambarnya berpakaian jubah sandingnya. Dalam mata aku disumbat kedalam lubang viewfinder, hati aku sebak memikirkan dia bakal berkahwin. Dalam jiwa hanya pada Allah aku panjatkan doa, agar dia dilimpahi rahmat sentiasa. Masa kian berlalu, dan aku ingin terus meraikan kehidupan - untuk setiap masa, untuk setiap insan.
21 September 2013
31 August 2013
13 August 2013
10 August 2013
09 August 2013
Makin meningkat usia, Ramadan dan Aidilfitri aku lihat makin bermakna.
Tahun-tahun sebelum ini tanpa insan bernama ibu, dan tahun ini tanpa Kakak sulung yang berkerja di Dubai.
Akhir tahun ini kakak kedua pula berpindah ke UK. Tapi aku tetap yakin ikatan darah keluarga Cik Salleh Samad dan Radziah Rahman tidak akan putus, sampai bila-bila. Insyaallah jika Allah izinkan.
Ma'assalama Ramadan, Salam Syawal Aidilfitri
04 August 2013
Sampai garisan permulaan. Merenung jauh ke hadapan. Menyarung kasut, menyandang botol air.
Mulakan langkah, terus maju ke hadapan. Rasai tekanan pada kaki, rasai jantung berdetak laju.
Peluh mula menitis, badan mula memberi reaksi. Badan ingin berhenti, kaki seperti mahu pecah, tetapi semangat tetap mahu menghabiskan larian.
03 August 2013
27 July 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)



