14 November 2009

Kita-kita

Wajar?
Hidup tak menentu,
Kita cakap yang ini, yang lain diri kita,
Kita marah kerana sepotek, sepulutek kita mara sekali.
Kita membebel, kita mengeluh,
Seolah-olah semuanya kelihatan negatif sekali,

Kita lihat kawan kita menghadap kebesaranNya,
Pada masa yang sama kita melihat 'Syaitan'.
Kita mimpi yang bagus-bagus,
Pada masa yang sama kita mengomel tanpa bertindak.

Kita tengok kawan kita.
Apa yang dia mahu, kita pun mahu.
Apa yang dia dapat, pun hak kita juga.
Semuanya mahu dalam genggaman kita,
Pada masa yang sama kita mendendami dia.

Haih, maafkan aku,
Aku tahu aku melampau,
Lihatlah,
Satu keluhan tercipta di atas.
Kekecewaan terpendam di sudut hati,
Mungkin menanti untuk dilepaskan dengan perlahan.

Semua benda kita nak.
Tapi tak semua akan kita dapat.
Muhasabah diri, melalui tindakan akal dan fikiran.
Perkongsian bersama erti pembukaan hati untuk menerima.

Mungkin satu hari nanti kita dapat berubah sepenuhnya,
Menjadi insan yang berjaya,
Seperti apa yang kita ngomelkan sebelum ini,
Dunia akhirat,
atau kita mati mencuba.

"kita", marilah kita renungkan yang setiap yang berjiwa
pasti merasai saat maut datang menjemput,
dan kepada Yang Esa lah kita akan dikembalikan.

12 November 2009

Nafsu yang Cantik

Andai kata aku mampu,
aku sudah lama selesaikan,
Andai aku punya harta,
seperti engkau,
tiada masalahnya semua ini.
kau hanya fikirkan tentang diri kau.
Diri kau seorang saja.
Selama ini,
Aku baru sedar,
Aku tersilap memilih.
Pilihan yang padah.
Yang membawa aku ke dalam gelombang-gelombang dosa,
Yang dihanyutkan oleh aku sendiri,
Dan akhirnya,
Aku terpaksa tanggung bebannya,
Namun aku redha, tatkala dapat bebas dari genggaman kau.
Yang pada dasarnya hanya ada nafsu sahaja.
Alhamdulillah pada Yang Esa.

07 November 2009

Habis sudah peperiksaan MUET aku.
Bercakap tentang MUET,
MUET berkaitan dengan English bukan?
Apa signifikasinya bahasa orang barat ini kepada kita?
Sangat penting bukan?
Amat penting sehingga ia mempengaruhi industri-industri negara kita.
Bahasa Global,
atau Bahasa GlobaL - Isasi?

Aku terkenang semasa pergi ke Kota Tinggi untuk pengambaraan Dokumentari Sultan Mahmud Mangkat Dijulang untik tugasan salah satu subjek aku.
Aku terfikir sesuatu yang menarik.
Dahulu, bahasa melayu sangat memainkan peranan.
Zaman Kesultanan Melayu Lama.
Lagenda Sejarah kita.

Kita perhatikan,
dahulu, pembesar-pembesar dan gabenor-gabenor barat terpaksa berlutut di depan Sultan,
membayar cukai untuk berdagang dan berbahasa melayu semata-mata untuk berada di Tanah Melayu. Mereka perlu hormat pada kesultanan melayu pada ketika itu. Hormat.

Sekarang?
Bahasa mereka berkembang, menjadi penaung bahasa globalisasi.
Menteri-menteri bebas mengutuk negara dan bangsa lain.
Gerakan globalisasi melalui pelbagai medium mula mempengaruhi kota-kota fikiran manusia.
Tahniah kepada mereka....

03 November 2009

Fikiran serabut.
Melayang. Aku jumpa sesuatu yang tak sepatutnya.
Kebenaran atau andaian?
Bukti lebih kepada kebenaran.
Gila, tak dapat aku berfikir dengan tenang.
Fikiran serabut.
Melayang. Aku jumpa sesuatu yang tak sepatutnya.
Kebenaran atau andaian?
Bukti lebih kepada kebenaran.
Gila, tak dapapt aku berfikir dengan tenang.