27 June 2012

Bosan-bosan conteng buku sampai penuh. Haha.

26 June 2012

Mungkin aku terperasan. Ter-syok sendiri seorang diri. Tapi tetap juga aku luahkan.
Keluhan keinginan untuk meneruskan apa yang pernah berlaku sentiasa di hati.
Namun keberanian tidak lagi membelakangi.  Naluri tidak lagi memecah kebuntuan, seperti kali pertama dahulu. Dan yang paling penting, harapan tidak lagi berani untuk berpaut. 
Maafkan saya. Paling penting semua ini demi cinta yang lebih agung - Cinta Ilahi yang indah.
Maafkan saya juga jika ini semua hanyalah kerana saya yang terperasan.

Nah - Kasut buruk setiap hari di office.

22 June 2012

Selesai sudah satu lagi bab dalam kehidupan seorang lagi hamba sahaya.
Syukur Alhamdulillah, kata terima kasih untuk Yang Maha Agung Allah.
Tidak pernah ilmu penuh di dada, walau tersebak mata terus terjaga.
Indahnya perasaan ketika ini, seolah mahu dibiar sehingga mati,

PimpinanMu amat aku harapkan, dalam hidup penuh berantakan.
Saat impian dan nostalgia bertemu, saat mimpi dan realiti menjadi seteru.
Harapku akan terus kuat dihati , mencari kehidupan yang halal lagi dirahmati.
Fitrah manusia, oh silap, fitrah seorang Muslim untuk kembali, kepada rahmat yang agung.

Dimanakah cinta apabila duit memamah diri?
Dimanakah sayang apabila nafsu menguasai?
Dimanakah yang benar, apabila mulut pun sudah usai mengutuk.
Siapa yang baik? Siapa yang jahat? - Tepuk dada tanya selera.
Tepuk dahi tanya akal.

17 June 2012

Siapa kata rasa itu telah hilang?
Tersemat di hati, tertanam jauh dipangkal jiwa.
Cuma segalanya berbeza, apabila masa & tanggungjawab,
Menghentikan segalanya.

09 June 2012

The Practical's
February - June 2012


The road always been taken, since 2001.

Sejak hampir 11 tahun yang lalu, inilah jalan yang aku gunakan selalu.
Jalan ini tiada nama, cuma sambungan kecil dari Jalan Jelatek ke kawasan klinik kerajaan disitu.
Bila fikirkan balik, meriah juga jalan ini.
Pagi-pagi dapat lihat ramai orang berjalan untuk ke LRT berhampiran.
Ramai juga yang datang singgah di klinik kerajaan tu.
Di sebelah klinik ada gerai makan, ramai juga pekerja klinik sedang makan.
Didepan klinik ada kawasan parkir kereta yang luas, ramai juga mereka yang meletakkan kereta disitu untuk menaiki LRT ke tempat kerja.
Rutin yang sama kelihatan pada waktu petang, ramai yang pulang dari tempat kerja.
Setiap Jumaat malam ada pula pasar malam, wahh, meriah dan ramai orang datang membeli belah.
Sampai hari ini, aku masih lagi melalui jalan ini untuk ke LRT.  Walaupun destinasi dah berlainan, haluannya masih sama. Mungkin nostalgia sudah mula membentuk.

06 June 2012

Setaraf jasadmu dengan tanah,
Andai hatimu sentiasa dimamah,
Setaraf nuranimu dengan langit,
Andai jiwamu tidak berbau tengit.
Andai semua manusia sibuk membangga diri,
Sibuk merampas satu demi satu sifat ilahi,
Bangga tidak tentu masa,
Bangga melihat diri bersyukur....
Sayang, mungkin litupanmu tidak sampai ke hati lagi.

02 June 2012


Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna, aset nilai berjuta, 
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua.
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma

Ketika aku sedang menikmati hari sabtu ini, terserempak pula dengan nyanyian kalimah-kalimah rap  dari Too Phat.  Aku ambil inisiatif menjejak kembali kirik lagu Alhamdulillah, nyanyian mereka bersama Yasin. Aku kira lagu ini dah lama berada di corong-corong speaker.  Aku baru sahaja menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.  Belum jejak pun, cuma baru melangkah dan kaki belum menapak di tanah lagi.  Dan aku sudah melihat realiti segalanya.  Aku melihat semuanya  tidak cukup dengan apa yang miliki, semuanya berkejar mengumpul harta yang mereka cuba lestarikan. Mereka yang bergelar Islam memegang dan meneguk air dari tin-tin hijau. Lancarnya tangan mereka membuka penutup tin dan menyentuhnya dengan bibir-bibir mereka, seolah-olah sedang meneguk air Coke atau Sprite.  Aku dalam dilema. Aku dibelenggu dosa, sekali lagi.