24 February 2013

Sedalam fikiran manusia

Berapa dalam fikiran manusia? Allah telah pastikan pada kita fikiran manusia terbatas.
Terbatas pada yang ghaib. Terbatas pada nurani level tinggi.
Hukum adat manusia dilahirkan mengikut generasi terdahulu, tanpa menyoal.
Sesetengah aspek kehidupan bernilai untuk dipersoalkan, nilai jawapannya tidak terhingga.

10bulan bekerja sebagai brand ambassador, satu aspek kehidupan yang amat bernilai untuk diterokai adalah fikiran manusia. Elemen paling penting dan dekat dengan manusia. Cara manusia mengawal fikiran dan mengolah energi kepada emosi dan perlakuan. Perbezaan manusia boleh dilihat melalui apa mereka luahkan dan perbuatan yang cuba mereka sampaikan. Perbezaan ini orang bijak pandai gelar sebagai taraf energi fikiran. Lebih tinggi taraf energi fikiran seseorang, lebih elemen positif dan berwibawa akan diluahkan.

Latihan untuk meningkatkan taraf energi ini? Berhenti, ambil nafas dan fikir sewarasnya. Fikirkan solusi dan kurangkan masalah sebanyak yang mungkin. 

17 February 2013

Momento fikiran manusia yang unik. Semakin diterokai, semakin botak kepala sendiri.
Persepsi manusia berbeza-beza, berdasarkan pemahaman dan penerimaan masing-masing.
Orang kata lumrah manusia cari keburukan orang, mungkin benar tapi mungkin terjadi begitu kerana mencari kebaikan diri sendiri. Adat merendahkan manusia lain dan meninggikan diri sendiri ke tahap yang orang bijak gelar syok sendiri.

Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita merendah diri. Tidak ego, tidak bangga tak bertempat. Ada sebab mengapa Allah berkata diam itu lebih baik, dan bercakap hanya bila perlu. Dunia zaman sekarang sudah penuh dan mungkin sedikit tercemar dengan unnecessary words yang hanya mencari pasal dan melambangkan tingkat bijaksana yang maaf, rendah.

Botak kepala boleh tumbuh semula dengan Yun Nam Hair Care. Botak ilmu boleh tumbuh semula dengan analisis dan pembacaaan yang progresif, pemahaman yang adil dan keputusan yang bijaksana, setelah memikirkan kesemua perspektif berbeza. Common Sense hanya perlu berhenti, berfikir dan langkah sewajarnya.

Rasanya PRU13 akan mempersembahkan kita dengan aksi-aksi rakyat Malaysia bergaduh dan bertikam lidah kerana obsesi, bukan kerana fakta dan bijaksana.

12 February 2013

Curiosity and Exploration

Bangun pagi, pinggang sakit. Mandi, sejuk, menggigil.
Naik LRT, kelibat lelaki bertongkat di pintu.
Papah, tiada siapa mahu bangun, semua pandang pelik.

LRT bergerak pada had purata 60KM sejam. 
24 stesen dari Kelana Jaya ke Gombak.
29KM perjalanan secara keseluruhannya.

Manusia secara purata mampu berlari sepantas 12KM sejam.
Maksudnya aku boleh tiba di KLCC dalam masa kurang 30minit dengan berlari.
Tetapi campur kesan nafas dan kawalan kaki, mungkin jadi 45minit.

KLCC dibina dalam jangkamasa 5 tahun.
Purata manusia menjadi matang dan boleh berfikir secara realistik adalah semasa umurnya 10tahun.
Tetapi kreativiti dan eksplorasi bermula sejak umurnya...0tahun.

Manusia mula berfikir secara linear dalam purata umurnya 25tahun.
Kreativiti dan eksplorasi memerlukan manusia berfikir secara tidak linear.
Mungkin atas sebab ini imaginasi semakin runtuh tatkala umur meningkat.

Otak manusia secara purata mempunyai kuasa pemproses 100 juta MIPS (sejuta arahan komputer sesaat).
Bermaksud secara purata otak manusia setanding pemproses Pentium 168,0000 MHz.

Unik? Lihat ironinya. Manusia masih lagi membunuh. Masih lagi membuang bayi. Masih lagi mengarut yang bukan-bukan.