14 December 2013

So yes, the mini studio equipments arrived. And when you do not have any models, let your brothers express themselves in front of the camera. 2 lighting sets, 1 backdrop set, and 1 set of wireless trigger. Hopefully I'm on the right track. Insyaallah. Go Shukri Saleh Photography!

25 November 2013

I take pictures.
But I would like to take your heart.
I take photographs.
But I would like to take you out.
I take moments.
But I would like to take your smile.
I take memories.
And I would like to take you as my dearest wife forever.

*SHH-CLICK*
Opss, the lighting is not okay, smile AGAIN!

23 November 2013


Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi

If I adore You out of fear of Hell, burn me in Hell.
If I adore You out of desire for Paradise, lock me out of Paradise.
But if I adore you for Yourself alone. do not deny to me Your eternal beauty.

- Rabiatul Adawiyah.

22 November 2013

Aku ingin pulang,
Ke hadrat cahayaMu,
Sementara belum hilang,
Ke lohong nerakaMu.

Allah,
Aku penipu!
Bila aku ucap kata taubat,
Aku ucap penuh kepalsuan,
Penuh makna musibat,
Tiada langsung keilkhlasan.

Allah,
Saat dunia makin gelap,
Aku terus menerus munafik,
Tersedar cahaya makin malap,
Aku ingin pulang ya ALLAH!

Allah,
Aku sudah penat,
Lelah dengan dunya ini,
Sesak dengan nafsu ini,
Loya dengan diri sendiri.

Allah,
Ingin sekali berjuang,
Laungkan CintaMu,
Ingin jadi pejuang,
Tetapi malu denganMu.
2 Brothers by Nikon D100

21 November 2013

Akibat kerja terlalu lama, aku akhirnya diserang Anxiety Attack - tiba-tiba sukar bernafas, tangan menggigil dan kepeningan yang melampau yang akhirnya membuat aku tidak mampu bekerja selama 4 hari berturut-turut. Subhanallah. Aku terkesima. 

Aku bangun tidur hari ini dan soalan pertama yang bermain dalam fikiran adalah what's the purpose of life?' Ya Allah. Selama aku bekerja, tiada masa untuk aku fikir jawapan kepada soalan yang paling penting dalam dunya. Aku semakin jauh. Aku semakin tenggelam dan tersedar yang aku tidak pernah gembira dengan pekerjaan ini. Semuanya penipuan yang nyata. Tapi kemana harus aku pergi? Ya Allah, berilah aku petunjuk yang nyata dan mudah aku fahami.  

19 November 2013

The conscious mind

Allah beri akal seeloknya untuk kita berfikir. Untuk cari sebab dan jawapan. 

Apakah dunia jika bukan tempat sementara yang foundationnya adalah cabaran dan dugaan. Tapi ramai mana yang punya kesedaran untuk tidak menyangkutkan diri sendiri pada ampaian dunia. Sistem kerajaan seantero dunia menyekat penubuhan masyarakat yang bebas peperangan, kemiskinan dan jenayah. Sistem wang ringgit sendiri membawa lebih kerosakan dari kebaikan. Sehingga hampir semua orang akan berkata - ada duit boleh hidup senang. Ada duit boleh ibadah lebih senang. Ada duit semua orang boleh bahagia. Bila hakikatnya hidup semua orang akan jadi lebih baik jika semua orang tidak berduit dan menggunakan sistem lain yang lebih adil dan menyeluruh.

Penulis berpena tanpa solusi tetapi dengan hati yang penuh harapan.

15 October 2013

Sacrifices that we made

Pengorbanan iklas seorang insan,
Mencari cinta sempurna dari Ilahi,
Meneroka indahnya Iman,
Agar tersedia menanti mati.

Kepada semua yang telah berkorban demi utuhnya Iman, Allah menantimu di akhirat kelak.
Ya Allah. Akui dan terimalah pengorbananku. HambaMu dingin menagih cintaMu.

21 September 2013

Meraikan Kehidupan

Hari ini bertafakur di rumah. 24 jam tidak keluar rumah dan hanya berehat menanti esok. Elok sangatlah setelah bekerja seminggu tanpa henti. Malam semalam sempat meraikan hari lahir Qila, minggu depan bakal meraikan majlis pernikahan Adila. Come December, bakal meraikan pernikahan Kakakku. Sempat tadi mengambil gambarnya berpakaian jubah sandingnya. Dalam mata aku disumbat kedalam lubang viewfinder, hati aku sebak memikirkan dia bakal berkahwin. Dalam jiwa hanya pada Allah aku panjatkan doa, agar dia dilimpahi rahmat sentiasa. Masa kian berlalu, dan aku ingin terus meraikan kehidupan - untuk setiap masa, untuk setiap insan.

31 August 2013

Kerja Kahwin

Antara gambar terawal pasangan berkahwin yang saya ambil. Kini dalam perancangan untuk membuat 'comeback', insyaallah.

13 August 2013

Insyaallah akan datang.

10 August 2013

Survivors are the true champion.
I am not trying to become a champion, or to become a survivor. I just run to feel myself again. To feel my feet in pain, to feel my heart beating fast, to feel my spirit push beyond boundaries. 

09 August 2013

Makin meningkat usia, Ramadan dan Aidilfitri aku lihat makin bermakna.
Tahun-tahun sebelum ini tanpa insan bernama ibu, dan tahun ini tanpa Kakak sulung yang berkerja di Dubai.
Akhir tahun ini kakak kedua pula berpindah ke UK. Tapi aku tetap yakin ikatan darah keluarga Cik Salleh Samad dan Radziah Rahman tidak akan putus, sampai bila-bila. Insyaallah jika Allah izinkan.

Ma'assalama Ramadan, Salam Syawal Aidilfitri

04 August 2013


Sampai garisan permulaan. Merenung jauh ke hadapan. Menyarung kasut, menyandang botol air.
Mulakan langkah, terus maju ke hadapan. Rasai tekanan pada kaki, rasai jantung berdetak laju.
Peluh mula menitis, badan mula memberi reaksi. Badan ingin berhenti, kaki seperti mahu pecah, tetapi semangat tetap mahu menghabiskan larian.

03 August 2013

Jangan jadi hamba Ramadan kerana kita hamba hanya pada Allah.

3 kali Ramadan ini saya mendengar Imam menangis.
Sayu, terdetik tetapi mata tetap kering wajah masih bengis.

27 July 2013

Dalam diam aku berbicara
Menzahirkan zikir cintaMu
Atas dunya indah sementara
Semoga aku menjejak JannahMu

Nama-namaMu setinggi darjat
Membawa isi sifat-sifatMu
Menjadi pedoman manusia sejagat
Memburu keimanan restuMu

26 July 2013

The Nightrunners

Our shoes are made from will
Wielded with our efforts and spirits
These roads are our tracks
As we ran along with the night winds

We are the Nightrunners
We push the human spirits
We take challenges
We will defeat boundaries
Runtuhan Azali #1

Permulaan saat insan berbalah
Mencari cinta dalam lumatnya lumpur
Mendabik dada tiada beralah
Saat Izrail tiba roh menggelupur

Sanubari terindah hanya dalam sujudku
Saat mindaku terfokus hanya Satu
Tiada bangga diri hanyalah malu
Syahadahku hanyalah untukMu

21 July 2013

Seindah jiwa dalam meracau,
Mencari keabadian burung berkicau.
Bebelan demi bebelan,
Atas nama agama sambilan.

Kaki berjalan tangan terikat,
Minda bergelumang,
Mulut terkatup rapat,
Islam yang dituduh sembang.

14 July 2013

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikumwarahmatullah.

Dalam hiruk pikuk mereka yang keluar dari Masjid Kg. Baru malam tadi, saya perasan satu tubuh kecil berjalan perlahan di tepi jalan. Allah, nenek tua comel sedang berjalan, mungkin ingin kembali ke rumah. Dengan bertongkat, nenek comel teliti memerhati jalan, mungkin ingin berhati-hati agar tidak terjatuh. Saya teliti lagi, agak bongkok juga dia. Subhanaallah, sebentar tadi baru saja mengomel dalam jiwa saya;' Penat juga solat disini, Imam Pak Arab baca surah panjang'. Dan nenek comel ini, saya agak umur dalam 80 lebih, masih semangat berjalan ke masjid, dan saya tidak rasa hati kecilnya merungut.

Indahnya imaan hingga faktor umur pun tidak lagi menjadi penghalang dalam usaha mendekatkan diri dengan kasih sayang Allah. Sayangnya pada Allah hingga sanggup berjalan (walau perlahan) ke rumahNya.

Ya Allah, kurniakan saya kasih sayangMu. Dalam ketika saya hanyut dalam dunya. Detach me, detach me from the world.

07 July 2013

Lost Souls

Bismillahirrahmaanirrahim

Ad Din Islam is the code for Muslims. We are in need of a better understanding of the code, in this hard time where fitnahs are all around us. I beg, beg, beg the professional scholars, the Ulama', our leaders to focus more in making our society understand and practices the code. There are just too many lost souls out there - and one of them is me.
.
Know that deep in our hearts, we are still screaming 'Asyhaduallah Ilahaillallah, wa asyhaduanna Muhammadurrasullah'.

04 July 2013

A Perfect World

Bismillahirrahmanirrahim.

Hidup di dunia semua orang sibuk mencari kesempurnaan. Dan ramai yang kecewa, sedih, jatuh dan mati dalam kecelakaan akibat kesempurnaan palsu. Ramai tidak sedar, mereka tidak akan temui kesempurnaan di dunia, kerana dunia  itu sendiri tidak pernah sempurna. Ramai yang bersandarkan pada kebahagiaan manusia dan kebendaan walhal sepatutnya kita hanya bersandarkan pada kuasa, cinta dan azali Allah.

My Allah, grant me your home (Islam), heal my soul, rain on me Your love.

02 July 2013

Bismillah

Bismillahirrahmannirrahim.

As i grip the hard reality of life, I reason to myself.
I need Allah. I need Islam in my life.
Crush my heart, steal my sight.
As I travel into the darkest abyss.

27 June 2013

I remember this. PRS St John:

Hahahaha.




A Best-friend's Wedding

Walimatul-urus Faliq. Tahniah Liq, semoga kekal hingga Jannah.


23 June 2013

Apabila tekanan melanda - Hikmat Kuasa Kepala Harimau Albino Kelaparan!

22 June 2013

Duduk termenung disitu, mencari inspirasi. Mencari reasons dalam kehidupan. Sambil mendengar full album Sigur Ros; 'Takk', saya cuba cari sesuatu yang mungkin telah lama hilang. I close my eyes and open my ears. Suara mereka yang menjerit, suara mereka yang diseksa, suara mereka yang merana. Muslim yang berperang dalam diri mereka melawan nafsu, dan mereka yang keliru dengan kebenaran. Saya selalu merasakan dunia ini tempat yang sangat menakjubkan. Tukar perspektif dan peperangan takkan berlaku, pergaduhan tidak akan memuncak, kesesatan tidak akan berani bercambah. Dalami maksud dan segala-galanya akan terlihat. Tapi sayang, pemimpin-pemimpin kita tidak pedulikan keperluan itu. Keperluan nurani. Nurani yang ketagih meminta bantuan, merayu ditunjukkan kebenaran.

I take the train everyday to work. I see  different people everyday, with different personalities and body gestures. Semua orang ada motif sendiri, semua orang ada personal motives sendiri. Dan saya tersedar tiba-tiba, dengan dunia yang penuh sifat individualistik, satu perkara yang menyatukan ramai manusia jelas berada di depan mata - Allah. Pada saat ini, berapa ramai yang memikirkan Allah pada waktu yang sama?  
My second direct boss just left the company.
My best-friend is getting married tomorrow.
My colleague expressed how he is trying his best to become a better Muslim.

I feel life or I'm just getting old.

09 June 2013

07 June 2013

06 May 2013

Perubahan yang akan hilang dalam masa seminggu.

Ramai berbicara, ramai membuat analisis, lebih ramai membuat spekulasi. Dalam kekecohan maklumat media atas talian, saya membuat keputusan untuk berdiam diri. Dengan tegas saya percaya berdiam diri lebih baik buat masa ini, dalam usaha mencari yang mana satu yang betul. Bahaya lidah terbukti amat jelas dalam tempoh PRU13.

Lambakan informasi yang common-sensenya memang diragui menggusarkan hati. Rakyat Malaysia mempercayai bulat-bulat apa yang disuapkan. Apa bezanya dulu dengan sekarang? Sama sahaja cuma mediumnya berbeza. Dulu media mainstream, kini media atas talian tiada sempadan. Semua merasa bangga tidak bertempat kerana mempercayai revolusi putih akan muncul sekelip mata. Rasulullah berjuang demi Islam lebih lama dari ini. Sabar adalah salah satu kunci perjuangan selain usaha dan doa.

Muslim seharusnya cuba memahami mengapa rakan kita berbangsa lain meminta pertolongan dari luar. Fahami jiwa mereka, tunjukkan yang kita prihatin. Cari options penyelesaian terbaik bersama mereka. Ini tidak, menempelak mereka membuatkan mereka lebih jauh dari kita. 

Mengapa bercanda begini? Bukankah perjuangan baru bermula? Mengapa seolah dunia sudah kiamat? Mengapa tamak dan gelojoh inginkan perubahan sekelip mata? Perjuangan kita bukan demi diri sendiri, ikhlaskan hati demi anak-cucu masa depan. Insyaallah semua yang baik akan tiba suatu hari nanti. Seperti juga akan tiba Hari Pembalasan dimana segalanya maha adil.

Oh lagi satu, sila berhenti mencemuh para Ulama. Just stop.

05 May 2013

Bangkok - Oh - Oh

 The Tut-tut adventure - apparently, all those warnings on these Tut-tut's drivers' cheating skills is 100% true. 
Gems' scandal, fake public hoildays and stuff - we experience it first hand here in Bangkok.

We visited bankok Art and Culture Centre - a public art centre in the heart of the city - where young people can be seen chilling about talking about arts (my assumption).



Wat Hua Lamphong where we spend our first half of second day.

MRT - most of the time we preferred using the MRT as it connects us to most of the places that we wanted to go. Twice as large as our LRT.

Right after the Tut-tut cheating scandal, we took the risk of riding taxi-motorcyclist, where they extremely belok kiri kanan celah-celah lori, bas, kereta and langgar semua red lights.


We visited one of the famous temple in bangkok - Wat Pho, the huge temple complex for the famous reclining Buddha statue.




For the third day first half, we took the boat across the river for an amazing tour of another famous temple, Wat Arun. Tangga lagi curam dari Batu Caves!




On the night of the third day, we bought a 2500 baht ticket for 7 Muay-Thai fights. Amazingly, all of the fighters are young but their kicks and punches are deadly. 2 TKOs recorded that night.

We ended our trip with a short shopping spree at the most famous and largest weekend market in Thailand - the Chatuchak market. Sadly, not may of the shops are open and we need to rush back to the hotel to check-out and catch our plane.

Insyallah more trips in the future. Hew hew. Puas hati.

The Bangkok's Journey
Tidak sempat lagi untuk berkongsi, insyaallah, ada masa akan bercerita. :)

27 April 2013

4 lelaki bercerita di kedai makan tengah-tengah malam.

2 orang Art Directors, seorang Brand Exec dan seorang Internship Student.

Sedang sibuk berbual bicara, sehingga sampai satu titik cerita terpesong ke kisah politik.
Menarik bagaimana secara kebetulan kempat-empat lelaki ini mempunyai pendapat yang menjurus kepada satu kesimpulan.

Kisah mereka menyimpulkan bagaimana mentaliti politik Malaysia yang sangat tidak matang.
Kebanyakannya membuat kesimpulan secara on the surface sahaja tanpa memikirkan fakta dan kesan jangka panjang yang berlapis-lapis, yang perlu diselami, didalami untuk difahami.


23 April 2013

Dan impian bermula.

Tidak pernah lagi keluar dari tanah berpijak.
Dan bulan baru akan bermulanya pengembaraan.
Akhirnya dapat merasa tanah asing.

Bangkok. Here we go.
Bismillahirahmanirrahim.

21 April 2013


I believe I have built a legacy,
Where people will recognize me,
As a positive person,
Who loves taking pictures,
Who doesn't care about his memories,
As all he cares is the memories of the people around him.

I'm in love with photography since the first time I hold a camera.
My name is Shukri Saleh and I approved this message.
Perjalanan Oblivisasi

Dalam sibuk setiap hari, kita mungkin terlalai yang sebenarnya dunia sedang memacu ke satu arah destinasi: Akhirat. Setiap hari kita disaratkan oleh filem-filem Hollywood tentang bagaimana zaman dunia berakhir. Tapi kita paling lupa intipati Al-Quran yang punya cerita yang lebih accurate.

Dabbah dari bawah tanah, Dajjal demi fitnah, Mahdi Imam hari akhirat dan Isa dari langit.
Cerita agung masa depan dari Al-Quran demi panduan Muslim akhir zaman.
Naik bulu roma bagi semua saksi kisah agung yang bakal berlaku.


14 April 2013

Hilangnya hikmah apabila berpolitik.

'The mind of a monkey when one step into a place called Politics.'

Tunjang politik yang sepatutnya menjadi kayu ukur kematangan negara rasanya sudah sampai tahap kritikal.
Fitnah, cacian, kutukan, seks, dan duit menjadi mainan untuk menagih undi rakyat.
Sudah kau BN atau PR, Bebas atau Berjasa, otak geliga kurniaan Allah digunakan dalam keadaan yang kotor sekali.

Sudah-sudah mencaci manifesto-manifesto kebendaan, sudah-sudah menjatuhkan insan seagama.
Orang-orang tua yang bangga diri memijak kepala rakyat dan mencemuh orang tua lain di parti seberang.
Kita orang muda pula yang meluat. Janji-janji ditabur. Fitnah disebar-sebar.

Alhamdulillah, kita masih punya Ulama' Ulama' yang veteran dan tidak kurang juga yang muda bersemangat mengingatkan umat tentang tata-tertib kewajiban apabila berkomunikasi dan berinterkasi dalam politik.
Terima-kasih para Ulama', dari kami warga muda yang masih keliru dan...meluat.

17 March 2013

Past loves last forever.
  1. First sight and lust
  2. Feelings, lust and greedy
  3. Money and lust
  4. Allah and true feelings
  5. Everything.

16 March 2013

Sekai wa sasayaite.
Yasashisa ni tsutsumareta.

Because the world is too kind to destroy us.

09 March 2013

The Soul of Jalan Sultan
Defending the street. Stood 1 figure in the dark.

24 February 2013

Sedalam fikiran manusia

Berapa dalam fikiran manusia? Allah telah pastikan pada kita fikiran manusia terbatas.
Terbatas pada yang ghaib. Terbatas pada nurani level tinggi.
Hukum adat manusia dilahirkan mengikut generasi terdahulu, tanpa menyoal.
Sesetengah aspek kehidupan bernilai untuk dipersoalkan, nilai jawapannya tidak terhingga.

10bulan bekerja sebagai brand ambassador, satu aspek kehidupan yang amat bernilai untuk diterokai adalah fikiran manusia. Elemen paling penting dan dekat dengan manusia. Cara manusia mengawal fikiran dan mengolah energi kepada emosi dan perlakuan. Perbezaan manusia boleh dilihat melalui apa mereka luahkan dan perbuatan yang cuba mereka sampaikan. Perbezaan ini orang bijak pandai gelar sebagai taraf energi fikiran. Lebih tinggi taraf energi fikiran seseorang, lebih elemen positif dan berwibawa akan diluahkan.

Latihan untuk meningkatkan taraf energi ini? Berhenti, ambil nafas dan fikir sewarasnya. Fikirkan solusi dan kurangkan masalah sebanyak yang mungkin. 

17 February 2013

Momento fikiran manusia yang unik. Semakin diterokai, semakin botak kepala sendiri.
Persepsi manusia berbeza-beza, berdasarkan pemahaman dan penerimaan masing-masing.
Orang kata lumrah manusia cari keburukan orang, mungkin benar tapi mungkin terjadi begitu kerana mencari kebaikan diri sendiri. Adat merendahkan manusia lain dan meninggikan diri sendiri ke tahap yang orang bijak gelar syok sendiri.

Ada sebab mengapa Allah menyuruh kita merendah diri. Tidak ego, tidak bangga tak bertempat. Ada sebab mengapa Allah berkata diam itu lebih baik, dan bercakap hanya bila perlu. Dunia zaman sekarang sudah penuh dan mungkin sedikit tercemar dengan unnecessary words yang hanya mencari pasal dan melambangkan tingkat bijaksana yang maaf, rendah.

Botak kepala boleh tumbuh semula dengan Yun Nam Hair Care. Botak ilmu boleh tumbuh semula dengan analisis dan pembacaaan yang progresif, pemahaman yang adil dan keputusan yang bijaksana, setelah memikirkan kesemua perspektif berbeza. Common Sense hanya perlu berhenti, berfikir dan langkah sewajarnya.

Rasanya PRU13 akan mempersembahkan kita dengan aksi-aksi rakyat Malaysia bergaduh dan bertikam lidah kerana obsesi, bukan kerana fakta dan bijaksana.

12 February 2013

Curiosity and Exploration

Bangun pagi, pinggang sakit. Mandi, sejuk, menggigil.
Naik LRT, kelibat lelaki bertongkat di pintu.
Papah, tiada siapa mahu bangun, semua pandang pelik.

LRT bergerak pada had purata 60KM sejam. 
24 stesen dari Kelana Jaya ke Gombak.
29KM perjalanan secara keseluruhannya.

Manusia secara purata mampu berlari sepantas 12KM sejam.
Maksudnya aku boleh tiba di KLCC dalam masa kurang 30minit dengan berlari.
Tetapi campur kesan nafas dan kawalan kaki, mungkin jadi 45minit.

KLCC dibina dalam jangkamasa 5 tahun.
Purata manusia menjadi matang dan boleh berfikir secara realistik adalah semasa umurnya 10tahun.
Tetapi kreativiti dan eksplorasi bermula sejak umurnya...0tahun.

Manusia mula berfikir secara linear dalam purata umurnya 25tahun.
Kreativiti dan eksplorasi memerlukan manusia berfikir secara tidak linear.
Mungkin atas sebab ini imaginasi semakin runtuh tatkala umur meningkat.

Otak manusia secara purata mempunyai kuasa pemproses 100 juta MIPS (sejuta arahan komputer sesaat).
Bermaksud secara purata otak manusia setanding pemproses Pentium 168,0000 MHz.

Unik? Lihat ironinya. Manusia masih lagi membunuh. Masih lagi membuang bayi. Masih lagi mengarut yang bukan-bukan.

29 January 2013

I am truly grateful that people in this world are still capable of producing good movies just like last year's Cloud Atlas. It's amazing how they generated the main idea, the intelligent script and characters.
Just to share on several of memorable quotes from the movie that intrigue my heart and mind:

All quotes retrieved (a good word for copy and paste) from: http://www.imdb.com/title/tt1371111/quotes

Javier: What are you reading? 
Luisa Rey: Old letters. 
Javier: Why do you keep reading them? 
Luisa Rey: I don't know. Just trying to understand why we keep making the same mistakes... over and over. 

Timothy Cavendish: I will not be subjected to criminal abuse. 

Haskell Moore: There is a natural order to this world, and those who try to upend it do not fare well. This movement will never survive, if you join them you and your entire family will be shunned. At best you will exist at pariah to be spat at and beaten, at worse to be lynched or crucified. And for what, for what, no matter what you do it will never amount to anything more than a single drop in a limitless ocean. 
Adam Ewing: What is an ocean but a multitude of drops? 

My favorite two:

Sonmi-451: Our lives are not our own. From womb to tomb, we are bound to others. Past and present. And by each crime and every kindness, we birth our future. 

Sonmi-451: Truth is singular. Its "versions" are mistruths. 

And one quote that touches my heart:

“You say you're 'depressed' - all i see is resilience. You are allowed to feel messed up and inside out. It doesn't mean you're defective - it just means you're human.” 

It just means you're human. That's the exact thing S.Senior mentioned to me before.

28 January 2013

I am not a photographer. Rasa tak layak sangat. Photographer produces outstanding results that touches the human hearts.

I am just a self-proclaimed time freezer and memory builder.
Thaipusam 2013.

Since i got 2 more days for my holidays, I grabbed my camera, took the first LRT in the morning and went straight to Batu Caves without hesitation. I've been missing my cameras so much that I went out for a date with both of them, although most of the time D70s was in my bag, resting himself.
The iconic statue of Lord Murugan, one of the famous Hindu deity as what a local said to me.

One of my favorite shot. 

Also an iconic feature of Batu Caves, the Pigeons. Haha

Hindu devotees with Paal Kodam on their heads.

In pain, I guess.

I guess smoking does help in reduces the pain they feel.

Epic guy. Lifted up a 20kg pole through the 272 steps of Batu Caves' stairs.




Marching towards the caves.

Painting body as a spiritual marks in their sacred journey.

Flowers and other ornaments too.

Epic guy resting.

Epic guy rise again. He sealed his mouth and he reminds me of Bane.

Some of the Hindu devotees in trance.

Epic guy is epic.

Shaved heads.

Going down into the caves.

In pain.

He stood in front of a Kavadee like a Guardian or something.

Blessings.

More blessings.

Several more images inside the caves.

While most of the devotees are in pain, she was always smiling.

Proud Hindu devotee in the caves.

Lord Murugan Statue from behind.

Cheerful fella.

A metal pierced through his lips.

More pictures right after I went down to the entrance. It was hot and thousands of people are still flocking towards the stairs to the caves:
















Fuss Ro Daaahh!




Hey, that's me inside the cave with thousands of Hindu's devotees.