26 May 2012

Ms Fara's 143
by Shuk Saleh's D80

24 May 2012

Ms Fara's Coming Soon
by Shuk Saleh's D80

“Bersungguh-sungguhlah terhadap apa yang memanfaatkan kamu. Mohonlah bantuan Allah dan janganlah merasa lemah.” (Muslim)

Dunia luas, manfaat kiri kanan atas belakang.

05 May 2012

Little Purple Girl
by Shukri Saleh's D80

01 May 2012

Bersihkan hati, Bersihkan akal. Bersih mata dan lidah.


Sudah lama tidak menulis mengenai sesuatu yang serius dan general.
Semua orang sibuk berbicara mengenai isu ini. Bersih 3.0.  Selesai Bersih 3.0 dengan beberapa tragedi.  Sekaligus mencipta chain reaction yang beralih dengan senang dari satu isu, ke isu yang lain.  Yang paling ketara adalah bagaimana Bersih 3.0 dikaitkan dengan Islam. Hadis-hadis dan ayat A-Quran mula dinaikkan di Facebook, masing-masing mempertahankan agenda masing-masing. Ops, bukan sekadar mempertahankan, malah saling mencaci dan memaki. Secara tidak langsung, cacian dan makian itu seolah-olah disokong dengan ayat-ayat agung Allah dan Rasulullah SAW. Saya bukan perawi, saya bukan ulama, saya bukan Muslim yang baik. Saya sekadar cuba menyampaikan input melalui pemahaman saya. Tak perlu lihat jauh, lihat di newsfeed Facebook sahaja, masing-masing saling menuduh.  Masing-masing saling mencari kesalahan. Sampai apa yang begitu ketara berbeza disamakan dan menjadi isu besar. Wallahualam. Sekali lagi, saya bukan Perdana Menteri, saya bukan Presiden Pembangkang. Saya hanyalah seorang rakyat yang inginkan yang terbaik dan bersih, dengan cara yang diyakini hukumnya dari sudut syarak. Yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang tidak menyusahkan orang ramai, yang bertamadun, selari dengan Al-Quran dan Hadis.

Saya membaca beberapa artikel. Saya cuba tidak membaca hasil nukilan orang-orang yang fikirannya politik sahaja 24 jam. Saya dapatkan dari yang terbaik. Pemikir-pemikir, para penulis yang berkredibiliti Islam.  Kerana pada pemahaman saya, dalam berbicara, asas yang penting adalah Islam itu sendiri. Islam itu adalah essence yang sangat penting dan mujarab.  Dari pembacaan itu, saya baru tersedar sesuatu. Dua label yang dipertaruhkan oleh kita. Label Melayu, dan label Islam.  Satu memperjuangkan bangsa, satu memperjuangkan Islam. Dua-dua tidak serasi. Dua-dua menuduh dua-dua haram. Indahnya jika keduanya dapat membuang segala yang jelas negatif dan memperjuangkan atas nama satu label yang jitu; Islam, dan disokong oleh penjenamaan Melayu Muslim yang bersedia menerima cabaran bersama seluruh komuniti Muslim amnya.

Tapi sedih tetap sedih. Masing-masing terus mencaci dan mencari kesalahan. Terus riak dengan agenda masing-masing. Satu lagi yang begitu penting adalah...asas keislaman masyarakat sendiri. Allah tidak akan membiarkan pemimpin zalim memimpin masyarakat yang beriman denganNya.  Masyarakat zalim, sudah fitrah dipimpin mereka yang zalim. Jadi, apa kata kita bersabar. Mulakan dengan langkah kanan, didik generasi masa depan mengenai asas-asas Islam yang kukuh. Didik para lelaki menjadi Imam untuk keluarga, agar mampu untuk meng'imam'kan sistem pentadbiran yang dinamik dan adil. Didik para wanita agar menjadi nadi kelancaran dan inspirasi putih agar generasi mendatang bakal tiba dengan tangan dan lidah yang cerah, Insyaallah.  Kesabaran itu emas. Ikhlaskan usaha bukan untuk diri kita, tetapi untuk generasi depan. Anak-anak kita. Cucu-cucu kita. Jika tidak, akan terjadi lagilah perkara sebegini, gamaknya sampai Bersih 20.0 pun segalanya tidak akan berubah. Orang ramai tetap menjerit di jalanan. Polis belasah rakyat, rakyat belasah polis. Orang tidak lagi menangis di atas sejadah dan berbumbungkan masjid, tetapi menangis kerana gas pemedih mata, dan berbumbungkan siraman air Sungai Klang oleh para FRU.  Semoga Malaysia menjadi lebih aman dengan doa-doa Muslimin Muslimat dan rahmat Allah Yang Maha Besar.