23 April 2011


Everyone has their own legendary story.
for me, I am the Legend.

18 April 2011

Sadiqati

Assalamualaikumwarahmatullah.

Sudah lama tidak berbicara, bermonolog disini. Terlalu sibuk hingga memakan masa yang ada. Haha. Akhirnya sudah tiba ke penghujung tempoh ini.  Apa yang aku sudah temui. Dulu aku rajin mengungkap kata-kata agama. Kata-kata pedoman yang aku ingin sampaikan pada hatiku sendiri. Tetapi disalah anggap, membawa kepada suatu sindrom negatif terhadap empunya kata. Tidak mengapa, aku beransur. Aku biarkan. Tak apalah. Aku tidak kisah kerana aku fikir, aku punyai sahabat-sahabat yang cukup baik. Alhamdulillah aku ucapkan. Alhamdulillah juga Kau tetap beri peluang kepada jantung lemahku untuk terus menangkap udara bernafas. Aku terharu dua tiga hari ini, kerana sahabat-sahabat aku. Aku tidak pernah menilai, cuma sekarang apa yang sudah dibuat, membuat aku mula menilai. Aku sudah jalankan tanggungjawabku. Sadiqati, uhibbu jiddan.

I love all of you.