29 September 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Kenapa aku masih mampu tersenyum?
Maafkan aku, ini bukan senyuman palsu.
Senyum aku bermakna.
Kenapa?
Kerana redha.
Hati tidak pernah berhenti.
Jiwa tidak pernah kosong.
Jika kalimah-kalimahMu yang tinggal,
Itulah yang aku akan gamitkan.

Kenapa? Sebab hati ini hanya untuk dua.
Dua wanita.
Ibuku, dan isteriku.
Yang dibungkus dengan kasih pada Ilahi.
Subhanallah walhamdulillah
  Astaghfirullah wallahu akbar
  Subhanallah walhamdulillah
  Astaghfirullah hasbi Allah



Di tepi kerinduanku
Memandang hampa pada dunia
Ku hanya orang biasa
Tak lepas dari rasa kecewa



Hanya padamu tempatku mengadu
Pahit yg kini menyiksaku
Aku percaya tiada yg sia-sia
Semua kan ada hikmahnya



Angan yg membalut mimpi
Dulu melukis nyanyian hati
Ku hanya orang yg kalah
Satukan hatiku yg terbelah



Ya, aku percaya, tiada yang sia-sia.
Pengorbanan seorang anak buat Abinya, 
Lebih rendah dari pengorbanan seorang Abi kepada anaknya.
Biarlah aku tanggung sendiri. 
Biarlah aku merasai sendiri kemanisan kesabaran,
seorang Abi.


28 September 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Selamat datang ke salah satu bahagian hidup yang susah.
Hanya senyuman dan kesabaran mampu menggerakkan badan.
Disamping berfikiran tenang dan positif setiap masa.

Terima kasih.

Hari ini, saya tidur bersama air mata sendiri.

25 September 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

"half of my heart's got a grip on the situation,
half of my heart takes time..."

Bila perasaan bercampur-campur macam rojak, pening kepala yang mana
satu harus dipilih.  Kadang-kadang terus lupakan semuanya.
Kadang-kadang teringat dan mabuk semula. -____-

Seperti kata Encik Pahrol Mohd Juoi
"Hati seorang lelaki kekadang perlu sekeras waja,
ada masanya mesti selembut sutera.
Jika jiwamu tulus kerana ILAHI,
Pasti lurus perananmu sebagai lelaki."

Lailahaillallah. Semoga aku mampu untuk itu.  
Peranan sebagai seorang anak, suami, ayah dan Da'i.

23 September 2011


Lagi gambar from my latest job.

22 September 2011


Assalamualaikumwarahmatullah.

Akhirnya, satu legasi berjaya aku simpankan.  Untuk bakal keluarga aku kelak.
Untuk anak-anak dan cucu-cucuku jika aku dikurniakan rahmat itu daripada Allah.
Akhirnya aku ada sesuatu untuk diceritakan pada mereka, ketika aku sedang duduk diatas 
kerusi malas, atau sesudah selepas solat bersama mereka. Atau mungkin diatas pangkin ditepi rumah yang mereka gelar kampung. Mungkin aku boleh tunjuk pada mereka, cik D70s dan D80. :D

21 September 2011


Dua menara bahagian depan Masjid Shah Alam.
Bersama Wan Nazir, berhenti seketika dan sempat mengambil gambar.

20 September 2011


Night Dancers of Masif @ KLCC

Saya ke KLCC menunggu seseorang yang istimewa, dan kebetulan MASIF sedang ada pertunjukan kebudayaan.  I was very lucky untuk gambar ni, sebab the background  memang betul-betul gelap and lampu sorot memang terus atas penari-penari tu. :D

19 September 2011

Assalamualaikumwarahmatullah.

Tadaa. Ini wedding job terbaru aku.  Moga hasilnya baik kelak, insyaallah.