31 August 2013

Kerja Kahwin

Antara gambar terawal pasangan berkahwin yang saya ambil. Kini dalam perancangan untuk membuat 'comeback', insyaallah.

13 August 2013

Insyaallah akan datang.

10 August 2013

Survivors are the true champion.
I am not trying to become a champion, or to become a survivor. I just run to feel myself again. To feel my feet in pain, to feel my heart beating fast, to feel my spirit push beyond boundaries. 

09 August 2013

Makin meningkat usia, Ramadan dan Aidilfitri aku lihat makin bermakna.
Tahun-tahun sebelum ini tanpa insan bernama ibu, dan tahun ini tanpa Kakak sulung yang berkerja di Dubai.
Akhir tahun ini kakak kedua pula berpindah ke UK. Tapi aku tetap yakin ikatan darah keluarga Cik Salleh Samad dan Radziah Rahman tidak akan putus, sampai bila-bila. Insyaallah jika Allah izinkan.

Ma'assalama Ramadan, Salam Syawal Aidilfitri

04 August 2013


Sampai garisan permulaan. Merenung jauh ke hadapan. Menyarung kasut, menyandang botol air.
Mulakan langkah, terus maju ke hadapan. Rasai tekanan pada kaki, rasai jantung berdetak laju.
Peluh mula menitis, badan mula memberi reaksi. Badan ingin berhenti, kaki seperti mahu pecah, tetapi semangat tetap mahu menghabiskan larian.

03 August 2013

Jangan jadi hamba Ramadan kerana kita hamba hanya pada Allah.

3 kali Ramadan ini saya mendengar Imam menangis.
Sayu, terdetik tetapi mata tetap kering wajah masih bengis.