01 January 2014

The Arrivals of The Birds - Orchestra

Bismillah, mohon play lagu di atas untuk menghayati tulisan kali ini. Hahaha.
Saya menulis kali ini ingin menyimpulkan kata-kata, membuat kesimpulan 12 bulan tahun masihi yang telah pun tamat. 

Klan Salleh Samad
Tahun ini tahun besar bagi ahli-ahli Klan Salleh Samad. Kakak kedua melangsungkan perkahwinan dengan suaminya, Alhamdulillah pilihan yang dibuat InshaAllah baik. Saya menarik nafas lega kerana mereka membuat keputusan untuk tidak bersanding, cukup Majlis Nikah dan kenduri semampunya, penuh dengan kemuliaan Islam, bukan tradisi Melayu. Kakak yang sulung sudah kembali ke Malaysia, walaupun bakal terbang semula ke Oman cukup masa nanti. Tinggallah 4 jejaka terus berdiri dalam rumah pusaka.

Loceng tahun baru paling susah untuk saya kawal perasaan. Marhumah Radziah bt Abd Rahman tersemat dalam hati. Jiwa masih pilu, rindu yang teramat. Al Fatihah and I miss you mak.

Nagarian
Working in an Advertising Agency is tough. 2013 jadi saksi Shukri Salleh struggle sebagai seorang eksekutif jenama. But I'm proud of myself. I'm a survivor and still a student. Tersedar kerja hanyalah kerja dan ia adalah salah satu bentuk Ibadah. My works are for you Allah. Every seconds of my works I dedicated for You, I hope my words now are sincere and true. Guide me Ya Allah. Guide me.

Tahun baru dengan semangat baru. Inshaallah perlahan-lahan saya mengorak langkah untuk membuka perniagaan sendiri. Aset dan modal sedang giat dikumpul. Sekali lagi mengharap pada Allah. Doa, Usaha, Ikhtiar dan Tawakal - DUIT kata Pencetus Ummah Thowi.

Shukri Salleh
The last photo of myself in the year 2013.
May Allah bring prosper and protection to my Iman.
May Allah honour me with good rezeki and relationships among people.
May Allah guide me to the right path of the Ad Din.
May Islam prosper throughout the world.