Aku angkat jasad kerasmu,
Pelukmu erat dalam dakapanku,
Mata hitammu merenung aku,
Air mataku jatuh ke badanmu.
Kecewa kerana tidak bersamamu,
Ketika kau dalam diam menahan sakit,
Ketika aku tidak mampu melihat,
Saat mengharap kau berlari ke arahku.
Habis hatiku luluh,
Pelukmu erat dalam tanganku,
Aku berjalan ke arah pohon buluh,
Dimana ke tanah aku lepaskanmu.
Dalam dakapan PencintaMu, sayang.
Lenalah kau dalam ciuman PencintaMu, sayang.
Bahagialah kau dalam pelukan Malaikat, sayang.
Kerana tangan aku tidak mampu lagi mengusapmu.