26 December 2010


Assalamualaikumwarahmatullah

Barang yang aku paling sayang? Mungkin yang ini. Walau cuma barang, dia sangat berguna.  Walau barang lama, dia aku percaya.  Dia itu adalah kamera aku. Cik D70s. Sudah bersama aku sejak awal 2008, hingga kini. Bermacam sudah aku guna dia. Untuk assignments, kerja-kerja, riang-ria, rakan-rakan, keluarga, dan lain-lain.  Aku berlapar untuk membelinya dan amat sayang untuk aku melepaskannya.
Melihat kamera aku, aku perasan aku dah makin tua. Macam dia..makin tua.  Cik D70s, aku yakin ada suatu pengembaraan di depan yang menanti kita! Yarggh!

25 December 2010

Fortunate is he
Who remembers Allah abundantly
Worldly distractions cannot mildly sway
His thoughts of Allah and Judgment Day

Righteous is he
Who bows to one he cannot see
Whose deeds do not spring without Bismillah
Fulfilling his tasks with perfect Taqwa

Devout is he
Who supplicates to Allah intensively
Whose heart is merciful, tender and kind
His gaze on life after, this world behind

Prosperous is he
Who spends his wealth on the poor and needy
Who speaks a kind word to kin and neighbour
Ever-grateful for Allah’s favors

Guided is he
Who prays Salaat with punctuality
Early morning, Tahajjud he prays
For Allah’s pleasure and nearness he craves

God fearing is he
Who contemplates death early
Who starts as he sees his demise
And tears fall over wasted sacrifice

Blessed is he
Who sings Allah’s praises fervently
Blessed be all of Allah’s slaves
Allah’s mercy be with them always

Assalamualaikumwarahmatullah.

Satu lagi lirik lagu dari Zain Bhikha yang bertajuk 'Fortunate is he'. Setiap kali aku mendengarnya, aku tersenyum, sedih pun ada.  Setiap ungkapan dari lirik tersebut terus menyerap masuk ke dalam hati. Mungkin melalui lirik nampak biasa, tetapi cuba dengar dan hayati, pasti anda faham maksud saya. Haaa..kenapa hati ini tiba-tiba dupdapdupdap...

24 December 2010

Assalamualaikumwarahmatullah

Batas-batas yang membencikan kita semua. Ya, menjadi halangan kebanyakan dari kita. Sama seperti aku. Ada juga yang aku lepasi. Hikmah, Qada' Qadar, Akhirat, Takdir. Semua ini penting dan benar. Cuma kadang disalah-ertikan. Susah aku hendak lepasi, kerana nafsu yang membelenggu. Dari saat aku bangun tidur hinggalah saat aku ingin menarik selimut semula, nafsu terus menunggang aku.  Hanya keluhan yang menemani bila semuanya diberhentikan. Provokasi? Itu cuma mainan perasaan yang ditimbulkan nafsu dan bisikan syaitan.

Oh ya. Periuk nasi sementara aku kini sedang berehat dan dalam perancangan membeli periuk nasi sementaara yang baru Insyaallah. Harap-harap ada rezeki itu. Berdoalah untuk aku juga.

22 December 2010


You were made by Allah
He fashioned your heart
You were made by Allah
He knew you from the start
You were made by Allah
Unique in all your ways
You were made by Allah
To praise him all your day


Assalamualaikumwarahmatullah

Aku sedang menaip dihadapan komputer, cuba menyiapkan kerja yang belum sudah. Tiba-tiba music player Winampku memainkan lagu ini, You are very special oleh Zain Bhikha. Korus lagu tersebut benar-benar menyentuh perasaan aku, terutama dua rangkap terakhir korus tersebut.  Kadang-kadang lagu ini mententeramkan, dan kadang-kadang menggusarkan.  Terus aku imbau kembali peristiwa dua tahun lalu. Ya, peristiwa itu. Di atas bangku. Satu lagu. Mengubah semuanya.

18 December 2010

Assalamualaikumwarahmatullah


Hari ini, aku digelar Coklat Cadbury Jadian yang cuba menyamar jadi Barney. Haha. Terima kasih lah kepada si pelangi hijau.  Kali ini aku cuba berfikir tentang bagaimana menjadi seorang ayah yang baik. Yang baik dalam mendidik, dan memimpin.  Aku berbicara berdasarkan pengalaman, bukan dari pemikiran orang lain.  Seperti malam ini, aku 'terkebelakang' lagi.  Mampukah aku menjadi seorang Walid yang mendidik secara matang, tegas dalam menerangkan tetapi tetap kekal mesranya? Aku akan cuba semampunya. Insyallah.


Oh ya, siapa yang kenal aku rapat, pasti selalu dengar aku berceloteh tentang hubungan walidku dengan aku.  Dan oh ya, banyak juga kisah itu muncul dalam blogku ini. Tetapi ada yang disalah-ertikan.

Doakan aku menjadi seorang suami dan walid yang baik di jalanNya.

17 December 2010

Assalamualaikumwarahmatullah.


Baru aku sedar.

16 December 2010

Assalamualaikumwarahmatullah.


Bagai tenggelam terus, hanya timbul sekali dua, itupun hanya mampu berbisik.  Hakikatnya, mereka terus dihina, dilempar ke jalanan, disekat, ditindas hingga hilang hak dimata dunia yang semakin buta.  Mereka tidak bersalah, tetapi mereka terus diuji dengan ujian yang berat dari Allah.  Ketabahan dan kegigihan mereka aku kagumi.

Palestin, sabarlah.
Suatu hari nanti.
Insyaallah.

06 December 2010

Assalamualaikumwarahmatullah

Salam Maal Hijrah. Salam tahun baru. Alhamdulillah pada Ya Rabb untuk nikmat dan hidayah kehidupan ini. Terima kasih atas peluang yang dikurniakan ini. Peluang untuk membuka mata, melihat segala yang telah dikurniakan olehMu. Peluang mencari hidayahMu yang terhidang indah, diselimut permainan dunia. Setahun berlalu, semoga tahun ini lebih banyak peluang untuk mengenaliMu dapat ku pegang.