Islam ~ Solat ~ Azab Kubur ~ dan Ketakutan.
Aku tersedar. Bila sebut tentang solat, ramai yang akan membuat konklusi bahawa tidak solat akan diazab. Memang betul. Azab seperti azab kubur sangat menakutkan. 100% tepat. Tetapi kita lupa. (Melayu mudah lupa?) Kita lupa tentang keindahan. Kita terlalu asyik dengan kesan buruknya, langsung terkeliru, terpejam dengan keindahannya. Indahnya berdiri dihadapan Allah, tuhan yang satu, tuhan yang menciptakan aku dan kau. Kenapa Allah berfirman sesombong-sombong manusia adalah manusia yang meninggalkan solatnya? Kerana dengan tidak solat, kita membelakangkan Allah. Membelakangkan Allah pencipta alam. Dengan tidak solat, kita tidak berkesempatan untuk menghadap dihadapannya, mengucapkan ayat-ayat kepujian yang indah, keagungan untukNya, kemuliaan untuk RasulNya. Pernah tak anda berdiri dihadapan suatu pemandangan yang sangat mengkagumkan, dan anda terasa belakang leher anda meremang? Cuba jadikan itu dalam solat. Anda berdiri dihadapan yang menciptakan segalanya! Subhanallah. Bukan seorang yang sempurna. Cuma saling mengingati. Untuk empunya pena dan saudara semua. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment