Humanity / Kemanusian
Aku ditabrak sebuah kereta Jumaat minggu lepas.
Jatuh tergolek diseret jalan raya yang basah dan licin.
Masih terkejut, aku cuba bangun, dan baru aku tersedar.
Kereta semua berhenti dibelakang.
Tiada seorang pun yang keluar.
Seorang diri aku mengangkat dan menyeret,
Sesekali aku menjeling..ramai juga dalam kereta-kereta,
Yang mungkin sebaya aku.
Sedih juga rasa di hati. Tiada siapa yang mahu tolong aku yang kesakitan.
Tapi akhirnya rasa juga sejuk dan nyaman,
Apabila seorang nenek cina yang bertongkat menghampiriku dan bertanya;
"Kamu okay ka? Kuat tak jatuh tadi? Mahu pergi hospital?'"
Aku tersenyum pada dia dan berkata;
"thank you aunty...":D
No comments:
Post a Comment