08 July 2016

Beratnya Beban Seorang Manusia.

Bila kita berbicara mengenai hati dan perasaan, seberat mana pun hati kita berusaha dan berupaya untuk perah segalanya demi tuhan yang satu - nafsu dan perasaan sentiasa menghantui sebagai seorang manusia biasa. Manusia dikurniakan hati dan perasaan. Sentiasa berfikir, sentiasa merasai. Kita terasa, kita terusik, kita terhampar dengan pelbagai fikiran yang datang dari kisah dan pengalaman silam, dari environment kita, dari orang-orang di sekeliling kita. Setiap manusia punya aura yang mampu tersebar dan mempengaruhi orang lain. Antara faktor yang meninggikan our influence towards other people are: Pengalaman, Usia, dan Status.

Pengalaman:
Pengalaman adalah bersifat personal. Sentiasa kerana manusia punya sepasang mata, fikiran dan perasaan yang istimewa, khas untuk dirinya sendiri. Apa ynag dimata saya mungkin berlainan di mata anda. Saya lihat dia penuh rasa intim kerana saya rasa cinta, kamu mungkin lihat dia dengan rasa benci kerasa kamu rasa keburukan. Namun manusia juga bersifat assabiyah, berkumpulan dan mudah untuk berkongsi perasaan yang mutual dan saksama. Semakin tinggi kita rasa pengalaman seseorang itu, naturally kita rasa hormat pada dia. Semakin hormat, semakin kita mempercayai diri empunya pengalaman. Namun selagi bernama manusia, selagi itu ada yang tamak, ada yang mahukan kuasa dan perhatian. Pengalaman dijadikan alat untuk menagih hormat, menagih perhatian kepada mereka yang menagih pengalaman. Bagaimana para motivators promote program mereka? Melalui pengalaman. Kita lihat sendiri visual promotion di bawah:
Founder of Marketing Power Concept. No. 1 Success Coach in Malaysia. These are all selling his pengalaman and success. How many of the participants actually asked what is Marketing Power Concept and what is No.1 Success Coach in Malaysia? Run a little research but we can't really find what this really means. But it creates confident feelings among people. 

Selling pengalaman works. That's why most motivational talks work. But the most important thing in believing pengalaman is: Pengalaman mestilah dengan integriti dan how close is the pengalaman with your life stories, The closer is gets the better the experience that you will receive listening to these people. But here's the catch; your life and the 'Pengalaman Guy' life is different and will never be the same. We can take the best lesson from him, but the way you apply these lessons in your life are based on your current life situations. 

To be continued for the other 2 factors;Usia dan Status.


14 June 2016

The Thousand Caves (Mount Mulu & Mount Api)

Seribu kamar menanti.

Buat mereka yang abadikan kegelapan.

Dari kiri kanan Gunung Api,

Dari atas bawah Gunung Mulu,

Buat mereka yang ingin lari dari cahaya,

Melangkah ke seribu kamar Mulu.

Dan indahnya kegelapan kau saksi.

12 June 2016

Sebelum Segalanya Hilang

Laungkan kata semangat kerana cinta yang hangat,
Apabila kisah kita hanya tinggal berita,
Aku tinggalkan segala-galanya demi cinta.

Kerana aku tahu aku tidak sempurna ilmu,
Tidak sempurna serba segalanya,
Hanya membawa hati yang hilang.

Yang sesat membawa rindu yang malang,
Indah sekejap tapi sakit selamanya.

Selamanya seperti tergantungnya nyawa,
Antara Syurga dan Neraka.

Dimana kamu?
Aku disini, berdiri mencari cahaya.
Di atas puncak, aku terus sesat.

Dimana kamu?
Aku masih disini, menanti.
Kerana aku tahu aku ikhlas.

Dimana kamu?
Sudah terlambat, sayang.
Kerana aku hilang selamanya.

Dimana kamu?
........................

Dimana?

Hymm.

.