12 June 2016

Sebelum Segalanya Hilang

Laungkan kata semangat kerana cinta yang hangat,
Apabila kisah kita hanya tinggal berita,
Aku tinggalkan segala-galanya demi cinta.

Kerana aku tahu aku tidak sempurna ilmu,
Tidak sempurna serba segalanya,
Hanya membawa hati yang hilang.

Yang sesat membawa rindu yang malang,
Indah sekejap tapi sakit selamanya.

Selamanya seperti tergantungnya nyawa,
Antara Syurga dan Neraka.

Dimana kamu?
Aku disini, berdiri mencari cahaya.
Di atas puncak, aku terus sesat.

Dimana kamu?
Aku masih disini, menanti.
Kerana aku tahu aku ikhlas.

Dimana kamu?
Sudah terlambat, sayang.
Kerana aku hilang selamanya.

Dimana kamu?
........................

Dimana?

Hymm.

.


No comments: