12 May 2011

Assalamualaikumwarahmatullah
Akhirnya, hujan turun membasahi bumi setelah sekian lama kering.  Rasa mahu menangis pun ada ketika hujan turun dengan lebatnya pada ketika ini. Rasa sejuk dan nyaman mula dirasai badan ini. 

"We send down pure water from the sky. That with it We may
 give life to a dead land, and slake the thirst of things We have
 created,- cattle and men in great numbers."
(Surat al-Furqan, 48- 49)

Alhamdulillah.

11 May 2011

Satu sampai Lima Belas

Konklusi Semester 4
Assalamualaikumwarahmatullah

Aku concludekan semester empat ini dengan beberapa gambar yang aku rasa menarik.

1. Gambar-gambar semasa awal semester:

Salah satu gambar terawal semester ini.
:D
 The Ladies.



2. Masa untuk Berbowling!


3. Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri:
 ;D
Ini memang terkejut.


4.  Karaoke syok sendiri.
Feeling habis!


5. Pilihanraya MPP 
Kegembiraan jelas kelihatan disitu.
Tahniah Iqbal Amir!


6.  Riotgraphs: Hindraf Rally
:D
Bersama Wan Nazir.


7.  Selamat Hari Jadi Wan Nazir!
Cheesy sangat. Masih lagi mengidam.
Tipikal attack untuk hari jadi.


8.  Taman Negara sangat hebat!
Seronok bersama mereka!
Orang-orang Kg. Pagi, Kuala Tahan.


9. Serangan AdTour UiTM Melaka.
Zombies of Advertising.


10.  Video Arab di Taman Botani
Pelakon-pelakon Arab


11. Interview untuk Assignments
BigTree
Dentsu Utama


12. Basketball Day!
Tu,tu, coach profesional.


13. Anak Bangsa ;D
Bolehlaaaaah. Haha.


14. Random Shots of Not-So-Random people
Minah Rempit.
Cupcakes.
Taylor Swift
Groupmates :D
Dalam library pun boleh.
Catwalk.
Biruu.
The smallest advertising agency.
Hahaha.
Di menara pun boleh.
Thunder Thor!
 Dalam DK pun boleh.
 Azimah Ramli :D
 Yang baju merah tu tak sabar nak kahwin.
 Rawr!
Wanita-wanita jentera pilihanraya.
 Di Melaka pun boleh.(versi belah kiri)
 Di Melaka pun boleh.(versi belah kanan)



15. Istimewa untuk Dia.
 Red Velvet Cake yang dikongsi.
 Rutin pemandangan ketika melepak di tempat rasmi.
Jauh tapi dekat.


Akhirnya habis. Semua berlalu tetapi semua kekal di hati. Hahaha. Terima kasih semua. Aku sangat menghargai anda semua. Semoga cuti empat bulan ini tidak membantutkan memori kita semua.  Bakal rindu kalian semua. Cuti ini mari memerah keringat mencari duit poket untuk menampung kehidupan ini. Oh ya, tiada cuti untuk kamu berdua, D70s dan D80. Kerja yok!
:D

09 May 2011

Allah The Almighty, He will roll up all the Heavens in His Hand, He will roll up all the world in His Hand and Allah will raise His Voice and Allah will say: I am The Almighty Allah, I am The Almighty Allah, for Whom is The Divine Rule today, for whom is The Power today, for whom is The Kingdom today, I am The King Of All Kings, where are your dictators? Where are your oppressors? No ONE WILL ANSWER, Allah Himself will answer and Allah will say: Power Is For Allah, Might Is For Allah, The One The Only, The Irresistible.

"Allah Yang Maha Berkuasa, Allah akan menggulung kesemua syurga dan dunia dan Allah akan meninggikan suaraNya berkata: Akulah Allah yang Maha Berkuasa, Akulah Allah yang Maha Berkuasa, Kepada siapa pemerintahan yang ilahi? Kepada siapa keseluruhan jajahan? Akulah Raja kepada semua raja. Dimana kesemua pemerintah kejam? Dimana kesemua penindas?  Tiada siapa yang mampu menjawab dan Allah sendiri yang akan berkata;
Hanya pada Allah kesemua kuasa, Hanya pada Allah kesemua daya.....


Tersentak dan tersedar. Terbangun dan terduduk. Petikan dari ucapan Muhammad Abdul Jabbar:

Lailahaillallah.


08 May 2011

Assalamualaikumwarahmatullah


Apabila bersandarkan kepada kebenaran sebelah pihak, hanya dilusi yang kita dapat.
Seperti apabila kita putus cinta, dan bercinta semula dengan orang yang sama.
Cinta itu indah dan buta bukan?
Oh, cinta tidak pernah buta.
Cinta yang agung sentiasa celik dan mampu melihat jauh.

23 April 2011


Everyone has their own legendary story.
for me, I am the Legend.

18 April 2011

Sadiqati

Assalamualaikumwarahmatullah.

Sudah lama tidak berbicara, bermonolog disini. Terlalu sibuk hingga memakan masa yang ada. Haha. Akhirnya sudah tiba ke penghujung tempoh ini.  Apa yang aku sudah temui. Dulu aku rajin mengungkap kata-kata agama. Kata-kata pedoman yang aku ingin sampaikan pada hatiku sendiri. Tetapi disalah anggap, membawa kepada suatu sindrom negatif terhadap empunya kata. Tidak mengapa, aku beransur. Aku biarkan. Tak apalah. Aku tidak kisah kerana aku fikir, aku punyai sahabat-sahabat yang cukup baik. Alhamdulillah aku ucapkan. Alhamdulillah juga Kau tetap beri peluang kepada jantung lemahku untuk terus menangkap udara bernafas. Aku terharu dua tiga hari ini, kerana sahabat-sahabat aku. Aku tidak pernah menilai, cuma sekarang apa yang sudah dibuat, membuat aku mula menilai. Aku sudah jalankan tanggungjawabku. Sadiqati, uhibbu jiddan.

I love all of you.

28 January 2011

Islam ~ Solat ~ Azab Kubur ~ dan Ketakutan.

Assalamualaikumwarahmatullah.


Aku tersedar. Bila sebut tentang solat, ramai yang akan membuat konklusi bahawa tidak solat akan diazab.  Memang betul. Azab seperti azab kubur sangat menakutkan. 100% tepat. Tetapi kita lupa. (Melayu mudah lupa?) Kita lupa tentang keindahan. Kita terlalu asyik dengan kesan buruknya, langsung terkeliru, terpejam dengan keindahannya. Indahnya berdiri dihadapan Allah, tuhan yang satu, tuhan yang menciptakan aku dan kau. Kenapa Allah berfirman sesombong-sombong manusia adalah manusia yang meninggalkan solatnya? Kerana dengan tidak solat, kita membelakangkan Allah. Membelakangkan Allah pencipta alam. Dengan tidak solat, kita tidak berkesempatan untuk menghadap dihadapannya, mengucapkan ayat-ayat kepujian yang indah, keagungan untukNya, kemuliaan untuk RasulNya. Pernah tak anda berdiri dihadapan suatu pemandangan yang sangat mengkagumkan, dan anda terasa belakang leher anda meremang? Cuba jadikan itu dalam solat. Anda berdiri dihadapan yang menciptakan segalanya! Subhanallah. Bukan seorang yang sempurna. Cuma saling mengingati. Untuk empunya pena dan saudara semua. Wallahualam.

06 January 2011