02 June 2012


Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan takat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna, aset nilai berjuta, 
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua.
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma

Ketika aku sedang menikmati hari sabtu ini, terserempak pula dengan nyanyian kalimah-kalimah rap  dari Too Phat.  Aku ambil inisiatif menjejak kembali kirik lagu Alhamdulillah, nyanyian mereka bersama Yasin. Aku kira lagu ini dah lama berada di corong-corong speaker.  Aku baru sahaja menjejakkan kaki ke alam pekerjaan.  Belum jejak pun, cuma baru melangkah dan kaki belum menapak di tanah lagi.  Dan aku sudah melihat realiti segalanya.  Aku melihat semuanya  tidak cukup dengan apa yang miliki, semuanya berkejar mengumpul harta yang mereka cuba lestarikan. Mereka yang bergelar Islam memegang dan meneguk air dari tin-tin hijau. Lancarnya tangan mereka membuka penutup tin dan menyentuhnya dengan bibir-bibir mereka, seolah-olah sedang meneguk air Coke atau Sprite.  Aku dalam dilema. Aku dibelenggu dosa, sekali lagi.

No comments: