The road always been taken, since 2001.
Sejak hampir 11 tahun yang lalu, inilah jalan yang aku gunakan selalu.
Jalan ini tiada nama, cuma sambungan kecil dari Jalan Jelatek ke kawasan klinik kerajaan disitu.
Bila fikirkan balik, meriah juga jalan ini.
Pagi-pagi dapat lihat ramai orang berjalan untuk ke LRT berhampiran.
Ramai juga yang datang singgah di klinik kerajaan tu.
Di sebelah klinik ada gerai makan, ramai juga pekerja klinik sedang makan.
Didepan klinik ada kawasan parkir kereta yang luas, ramai juga mereka yang meletakkan kereta disitu untuk menaiki LRT ke tempat kerja.
Rutin yang sama kelihatan pada waktu petang, ramai yang pulang dari tempat kerja.
Setiap Jumaat malam ada pula pasar malam, wahh, meriah dan ramai orang datang membeli belah.
Sampai hari ini, aku masih lagi melalui jalan ini untuk ke LRT. Walaupun destinasi dah berlainan, haluannya masih sama. Mungkin nostalgia sudah mula membentuk.
No comments:
Post a Comment