Perihal bagaimana kerajaan cuba menerapkan konsep 1Malaysia dan Janji ditepati ke dalam konsep kemerdekaan bulan Ogos macam sudah salah dan tidak kena cara. Bermula dengan isu Logo yang kurang senonoh kata para pereka grafik hinggalah lagu kemerdekaan yang macam membangga diri mempromosikan kerajaan Barisan Nasional.
Oh, silap besar disitu kerana sudah lumrah politik kurang matang Malaysia masing-masing sibuk mencari kesalahan itu dan kesalahan ini. Isu kecil diremehkan dan sahabat salinng bertengkar ingin mempertahankan cacian masing-masing. Ingin memenangi hati rakyat? Senang tapi tidak mudah untuk mencapai objektif tersebut. Cuma perlu mengisi tempat kosong pada soalan yang pendek: "How to connect your product / service / objective to the intended target audience?'
Oops, tersilap disitu. Teruskan bergaduh, wahai Kerajaan dan Pembangkang. Inovatif tidak tercipta melalui perang mulut, tetapi melalui pemikiran yang matang, kritis serta aplikasi yang sesuai dan tidak memudaratkan.
No comments:
Post a Comment