Ramai berbicara, ramai membuat analisis, lebih ramai membuat spekulasi. Dalam kekecohan maklumat media atas talian, saya membuat keputusan untuk berdiam diri. Dengan tegas saya percaya berdiam diri lebih baik buat masa ini, dalam usaha mencari yang mana satu yang betul. Bahaya lidah terbukti amat jelas dalam tempoh PRU13.
Lambakan informasi yang common-sensenya memang diragui menggusarkan hati. Rakyat Malaysia mempercayai bulat-bulat apa yang disuapkan. Apa bezanya dulu dengan sekarang? Sama sahaja cuma mediumnya berbeza. Dulu media mainstream, kini media atas talian tiada sempadan. Semua merasa bangga tidak bertempat kerana mempercayai revolusi putih akan muncul sekelip mata. Rasulullah berjuang demi Islam lebih lama dari ini. Sabar adalah salah satu kunci perjuangan selain usaha dan doa.
Muslim seharusnya cuba memahami mengapa rakan kita berbangsa lain meminta pertolongan dari luar. Fahami jiwa mereka, tunjukkan yang kita prihatin. Cari options penyelesaian terbaik bersama mereka. Ini tidak, menempelak mereka membuatkan mereka lebih jauh dari kita.
Mengapa bercanda begini? Bukankah perjuangan baru bermula? Mengapa seolah dunia sudah kiamat? Mengapa tamak dan gelojoh inginkan perubahan sekelip mata? Perjuangan kita bukan demi diri sendiri, ikhlaskan hati demi anak-cucu masa depan. Insyaallah semua yang baik akan tiba suatu hari nanti. Seperti juga akan tiba Hari Pembalasan dimana segalanya maha adil.
Oh lagi satu, sila berhenti mencemuh para Ulama. Just stop.
No comments:
Post a Comment