12 June 2016

Sebelum Segalanya Hilang

Laungkan kata semangat kerana cinta yang hangat,
Apabila kisah kita hanya tinggal berita,
Aku tinggalkan segala-galanya demi cinta.

Kerana aku tahu aku tidak sempurna ilmu,
Tidak sempurna serba segalanya,
Hanya membawa hati yang hilang.

Yang sesat membawa rindu yang malang,
Indah sekejap tapi sakit selamanya.

Selamanya seperti tergantungnya nyawa,
Antara Syurga dan Neraka.

Dimana kamu?
Aku disini, berdiri mencari cahaya.
Di atas puncak, aku terus sesat.

Dimana kamu?
Aku masih disini, menanti.
Kerana aku tahu aku ikhlas.

Dimana kamu?
Sudah terlambat, sayang.
Kerana aku hilang selamanya.

Dimana kamu?
........................

Dimana?

Hymm.

.


07 November 2015

Corriendo es Spiritu

After finishing the 30km Merapoh Forest Run 2015 for Male Open Category.

I started running 3 year ago (almost), and I never really stop since then.
I remember my first run -  on the road heading to the Great Eastern Mall from my house. I never got comfortable running in a park or on a treadmill in a gym - mainly because of there are too much people and activities flocking into those places. Other than photography and writing (and annoy my girlfriend), I do not have other hobbies back then. In the spirit of trying new things, I decided to run. Putting on my training shoes, walk to the front gate, and off I go, heading towards Ampang through Jalan Ampang, from Jelatek. I do not do much research on how to run the right way, so the moment my feet hit the tarmac, pain strikes right to my legs, knees, hip and eventually causing exhaustion to my body.  But there was a strange feeling that I felt, the feeling that made me want to run again. The feeling as if your body are communicating with you and the constant battle that you feel between your mind and your body. I ran 1.5km that day before i hit the wall.

Running was part of my life since then. I continue running and try my best to run faster and longer. My running passion has evolved when I started to hike on mountains and hills.

"The Mountains are calling and I must go."  One of the reasons why I wake up so early in the morning on weekends and holidays - to run on a hill or a mountain. Why embrace the pain when you can just stay at home, or just chill in a mall or coffee shops? The answer is easy - to feel and remind myself to be human again.

3 years ago, my weight was 79 kilograms. After 3 years of running, hiking, climbing and all sorts of outdoor activities and adventures, I stand on the ground with a weight of 65 kilograms. Never in my life I have inflicted pain (indirectly) to myself to discover the limit of my body.

One thing for sure Insyaallah, I will continue running and embrace adventures. To feel human, in this disastrous 'civilized' world.




28 October 2015

In the past 3 years, I have changed, or more like evolved, into this.
Next post will be the running story.

16 September 2015

4 life changing moments for me:
  1. You
  2. Running
  3. Hiking
  4. Climbing
Embracing adventures (including moment number 1) changed my life forever.
Nature is amazing, our body is amazing, love...is amazing. That's what I've learned from all those 4 moments.

15 September 2015

Travel more. Embrace Adventures.

08 August 2015

Puisi Kasar untuk Pemimpin Kasar.

Kau perbodohkan rakyat,
Dengan kebodohan sendiri,
Tunggu sampai kau jadi mayat,
Tengok mana kau nak lari.

Bila kau ingat kau raja,
Kau lupa atas kau tuhan,
Kau berlagak bersahaja,
Tapi tidur kau keresahan.

Jika semua runtuh,
Kau tunggu kami cari,
Walau daun hijau sudah luruh,
Kau kami gantung sampai mati.



31 May 2015

Aku angkat jasad kerasmu,
Pelukmu erat dalam dakapanku,
Mata hitammu merenung aku,
Air mataku jatuh ke badanmu.

Kecewa kerana tidak bersamamu,
Ketika kau dalam diam menahan sakit,
Ketika aku tidak mampu melihat,
Saat mengharap kau berlari ke arahku.

Habis hatiku luluh,
Pelukmu erat dalam tanganku,
Aku berjalan ke arah pohon buluh,
Dimana ke tanah aku lepaskanmu.

Dalam dakapan PencintaMu, sayang.
Lenalah kau dalam ciuman PencintaMu, sayang.
Bahagialah kau dalam pelukan Malaikat, sayang.
Kerana tangan aku tidak mampu lagi mengusapmu.

24 April 2015

Fighting depression is harder than I thought it will be.
Surviving is a different story altogether.

Your head is spinning, your eyes are heavy.
Your body is standing there, but your mind are closing in.

And at the end of the day, your body feels like it just fell down from a mountain.

01 April 2015

Satu Hayat Gunung


Epilog

Aku mencari cinta ketika manusia sibuk mengejar harta. Apabila manusia lebih takutkan hujan daripada syaitan dan nafsu. Bila segalanya memerlukan wang, antagonis gemuk bertopengkan pemimpin menyeret manusia ke lembah kehinaan. Lembah persembahan 'seni' hiburan. Apabila bergambar bersama bibir terjuih dianggap seni paling mantap. Apabila manusia sanggup berbogel demi nilai yang dicipta sendiri oleh manusia. Tersembunyi di sebalik nilai ajaib di dalam peti-peti mesin ATM.

Akulah manusia itu. Pagi aku keluar mencari duit, malam aku pulang menjadi hamba internet dan katil. Estasi rutin ini membuat aku resah gelisah sentiasa - mengharapkan segalanya akan jadi lebih baik apabila aku terus menerus jadi rajin untuk kepentingan orang lain. Dan ironinya, aku sedar aku menipu diri sendiri, dan tetap juga aku teruskan estasi melampau itu.

Sekarang aku berada di Puncak Gunung Datuk, Negeri Sembilan. Satu saat aku rasa macam raja segala raja. Pada satu ketika aku rasa macam......manusia.

Ini kisah aku sebagai manusia hamba pada hari-hari biasa, tapi manusia raja apabila aku menempuh perjalanan untuk memanjat....Gunung Everest.

"Kau ingat tak dulu bila kita start memanjat, jantung macam nak pecah! Nafas macam nak mati! Kaki.....aku tak rasa dah kaki aku masa tu."