12 July 2009

Virus-Virus Benci

Assalamualaikumwarahmatullah.


Apa yang perlu dikatakan?
Satu dunia sudah kecoh dengan kehadiran virus yang datang tanpa diundang ini.

Sebelum ini aku hanya mendengar dan menonton tentang virus ini dari kaca televisyen saja.
Tapi sejak 2 hari lepas, virus itu telah berjaya singgah di sini...di UiTM Melaka.

Dimulakan dengan pangilan telefon dari salah seorang ahli majlis tertinggi kolej aku,
sehinggalah aku diberikan topeng mulut murah dan pergi 'melawat' kolej-kolej yang telah diserang.

Keadaan boleh dikatakan sedikit kelam-kabut namun aku percaya semuanya terkawal lagi.
Kelihatan beberapa orang 'angkasawan' membawa tong-tong racun yang digunakan untuk membasmi virus itu di kolej-kolej yang terlibat.

Keadaan darurat diteruskan dengan keputusan untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap 3 kolej yang diserang. Maka terciptalah 3 penjara pelajar secara tidak sengaja.

Aku? haha...Aku dan rakanku yang bergelar Sabun menaiki motosikal meronda ke 3 kolej berkenaan sebelum terpaksa memasang telinga mendengar taklimat dari pihak berwajib.
Bunyinya membosankan?
Mungkin.

Tengah malam pula, makin ramai pelajar-pelajar yang berarak menuju ke klinik.
Masing-masing ingin memastikan keselamatan diri terjamin.
Yang sakit tekak sahaja pun tiba-tiba sanggup berjalan kaki dari kolej yang jauh ke klinik.
Majoritinya disahkan negatif.

Haihh...Malam yang sangat penat.
Aku penat sebenarnya memakai topeng mulut murah itu sebab agak sukar untuk bernafas.
Hei, raksasa malam, mana topeng muka yang kau janjikan itu?
Hahaha.

No comments: