19 January 2010

Pelik,Benci,Menyampah,Semangat.

Kadangkala kita rasa pelik dengan mereka yang berada di sekeliling kita.
Setiap percakapan dan perbuatan mereka seolah-olah membuat kita benci.
Dan ini bukannya tanggapan yang baik dari aku.
Cuba untuk menidakkan setiap 'benci' yang datang tapi setiap kali mencuba, menyampah dan meluat pula datang menyinggah dalam hati.
Pernah berlaku beberapa kali dalam hidup aku, seolah-olah aku ini magnet kepada mereka yang sebegini.

Hari ini aku terbaca satu blog seseorang. 
Hati aku terdetik apabila membaca nukilan berbahasa Inggerisnya.
Hati seorang yang kecil, yang cuba mencapai minatnya dalam fotografi.
Sangat terasa semangatnya si kecil ini dalam menaikkan skill nya dalam fotografi.
Dia juga berprinsip.

Haih, masa inilah aku teringat yang kamera D70s sayang ku dalam beg kamera.
Kebelakangan ini, aku hanya menggunakan dia untuk mengambil gambar-gambar events yang berlaku dalam UiTM ni.  Baik bersama rakan sekelas atau atas jemputan orang.
Rasanya lama juga aku tidak fotoshoot gambar-gambar dari aku sendiri.
dari pandangan mata aku; yang ditukar kepada petak kecil viewfinder kamera.
Mungkin aku patut lebih banyak keluar dari kepompong UiTM ni dan pegi memberhentikan masa.
Tapi apakan daya, kemampuan masih terbatas untuk sebegitu.
Tapi, insyaallah bersama Raksasa Comel aku akan kongsi semuanya itu nanti.
Oh ya.Tujuh bulan yang penuh makna.
:D

2 comments:

j a e i n said...
This comment has been removed by the author.
Shukri Saleh said...

haha...insyaallah.