10 January 2010

21


Shukri Saleh
Alhamdulillah.
Kau dah tua.
Tahniah pada kau.
Kau dah hidup 21 tahun kat Bumi ni.
Kalau nak diperatuskan aku malas.
Nak kira apa yang aku dah buat.
Dan apa yang aku belum buat.
21 tahun.
Banyaklah kot dah jadi.
Dari yang gembira.
Hingga yang sedih.
Tapi aku masih berjalan.
Dan aku harap dapat terus berjalan lagi.
Aku bersyukur.
Dan gembira.
Di angka 21 ini,
Aku ditemani ramai sahabat.
baik mereka dari
UiTM,
Petrosains,
St. John,
Bukit Rahman Putra,
Methodist,
dan yang lain-lain.
Dan yang teristimewa,
Raksasa Comelku.
Aku bilang ucapan terima kasih kerana memberi aku peluang
untuk bersama anda semua.
Yang membenci dan memusuhi aku,
Anda mungkin menyampah apabila membelek Facebook dan blog aku
pada hari ini.
Kerana ianya dipenuhi kasih sayang para sahabat (yea ke shuk ada org syg kau?)
Haha, tapi aku yakin dengan sahabat-sahabat aku.
Kerana aku sayang kamu semua.
Maafkan aku semua yang mengenali aku sejak aku dilahirkan,
Semua salah silap dan cacat cela aku,
Doakan aku panjang umur dan murah rezeki.
Ya, post ini khas untuk semua sahabat di luar sana.
(walaupun aku tau aku sedang bercakap seorang diri disini)

No comments: