28 May 2011

Seminggu dua ini, hidup aku banyak juga  berada diatas komuter KTM.
Walaupun penat, seronok juga sebenarnya.

Takziah kepada Nur Aqilah Kamal dan Anis Najiah diatas kehilangan orang yang tersayang.
Al-Fatihah. Semoga Allah menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Perubahan yang berlaku membawa hikmah yang baik insyaallah.

26 May 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Obsesi Melampau


Susah nak berhenti bila sudah mulakan sesuatu ini.
Ketagihan dan obsesi memerangkap diri.
Pulang ke rumah terus terpukau.
Penat lelah bekerja tidak pernah habis, habis lagi ke sini.

Saja, aku nak beritahu yang aku tidak lepas-lepas lagi dekat satu level dalam game yang aku sedang cuba habiskan. Dan aku jadi sangat muak dan tensi. Arrgghh!

20 May 2011



Assalamualaikumwarahmatullah

Kuala Lumpur.


Akhirnya berniat juga untuk pulang ke Kuala Lumpur.  Harapannya untuk bertemu dia yang telah lama hilang. Haha.  Tapi itu belum tentu lagi. Masih kabur-kabur.  Sambil menikmati nasi goreng ikan masin di dalam bilik di rumah Shah Alam. Oh ya, entry kali ini adalah untuk seorang insan yang banyak membantu aku sepanjang aku kenali dia.  Walaupun kadang-kadang kami ter-gaduh dan tidak sehaluan, kami ibarat adik beradik.  Walaupun kadang-kadang aku selalu tidak bersetuju, aku tetap berada di belakang, tepi, hadapan dia.  Kesilapan dahulu tidak akan aku lakukan lagi, dan aku harapkan benda yang sama dari kau insyaallah.


Oh, bakal bekerja nanti.  Mahu mencari duit untuk hidup. Selamat berjaya. :D

17 May 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Disebabkan kebosanan dan sindrom-duduk-rumah-lama-sangat, aku merajinkan diri aku keluar dari rumah flat ni.  Cuaca pun indah permai mendung berangin. Ke mana? Dengan bajet yang sikit dan kemalasan yang tahap Super Saiya,  aku hanya mampu berjalan-jalan di sekitar Shah Alam ni je. Ohoh, ada bawa  kamera juga, jadi sempat lah mengambil satu dua gambar.  Oh ya, kali ini, setiap kali pergi berjalan dan bercuti, aku buat keputusan untuk dokumentasi betul-betul.  Tidak mahu terlupa apa-apa yang bakal berlaku.  Itupun kalau aku ada semangat dan tidak malas.  Cuti empat bulan, kerja cari duit dan pergi berjalan.  Misi: Krabi Island.  Oh yeah, moga dipermudahkan untuk ke sana.
Aku suka kuning!
Aku suka kuning dan A+
Vandalism Shah Alam's Style
Cik Awan tetap cantik seperti biasa

Gahahaha. Psycho.

14 May 2011

Assalamualaikumwarahmatullah


Oh wow! Lihat apa yang aku jumpa dalam memori kuno.  Ini sangat klasik.  Gambar arwah atuk dan nenek aku.  Hahahaha.  Mungkin kerana aku tersangatlah bosan start cuti ini, aku mula mengemaskini kotak-kotak memori komputer aku ini. Wah, dan aku terjumpa gambar-ganbar ini dalam folder lama tak lama sangatlah.


Kacak bergaya sungguh orang-orang lama ni.  Baju melayu hitam dengan songket emas siap berkeris lagi.  Hmm, bila tengok betul-betul, ayah aku memang mirip habis dengan atuk aku.  Terus aku menggeletar sikit. Apa-apa pun, arwah atuk aku memang orang yang disegani oleh baik rakan-rakan atau sesiapa yang mengenalinya, terutama sekitar area Banting dan Keramat.  Al-fatihah untuknya dan arwah nenekku.

Al-Fatihah:

Radziah bt Abd Rahman
Abdul Samad bin Kahar
Abdul Rahman
Roqiah
Rugaiyah
Daud 

Semoga Allah SWT meletakkan arwah semua dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Assalamualaikumwarahmatullah

Battle of Shiroyama

Bingkisan gambar diatas menceritakan seribu satu sejarah dan lagenda dari Negara Matahari Terbit; Jepun.  Pertempuran Shiroyama yang berlaku di Kagoshima ini merupakan antara detik terakhir jatuhnya kaum Samurai yang terakhir di Jepun.  Samurai yang dahulunya begitu disegani dan dihormati akhirnya dihapuskan oleh Kerajaan Imperial Jepun sendiri.  Konflik dalaman inilah yang menarik minat aku. Oh wow.

Pahlawan Satsuma
Wajah-wajah yang dikatakan sebagai antara Samurai sejati yang terakhir.

Penerimaan Kerajaan Meiji ketika itu untuk menerima pengaruh Barat ke dalam kehidupan masyarakat Jepun , telah menyebabkan pemberontakan dalam kalangan masyarakat Samurai dari klan Satsuma, yang diketuai sendiri oleh ketua mereka; Saigo Takamori. Penentangan ini akhirnya menjadi begitu serius sehingga Kerajaan Meiji sendiri telah menghapuskan penghormatan para Samurai yang sebelum ini merupakan pahlawan dan ketua pertempuran yang disanjungi.

Saigo Takamori mengetuai Samurai Satsuma menentang Kerajaan Imperial Meiji.


Bukan niat aku untuk mengagungkan adat dan budaya kaum Samurai ini, apa yang aku ingin kongsi bersama adalah bagaimana kaum yang satu masa dahulu begitu berkuasa akhirnya jatuh, dihapuskan oleh bangsa mereka sendiri. Ya, oleh bangsa mereka sendiri. Sesama bangsa pun perkara ini boleh berlaku apabila kuasa, jajahan, maruah dan kekayaan menjadi pertaruhan.

Relevannya kisah ini? Adat dan budaya sesuatu kaum itu, semakin hari semakin dilupakan, dan akhirnya, terus dihapuskan oleh empunya kaum sendiri.  Perubahan komunikasi, masyarakat, cara hidup dan budaya yang ditadah dari Barat akhirnya memakan diri, membuat manusia semakin lama, semakin goodbye ke sana.  Tetapi apakan daya kadang-kadang, pengaruhnya begitu kuat. Seperti juga komputer dan telefon bimbit yang aku guna. Hahaha. Mari membeli barangan buatan Malaysia.  Itu susah.

12 May 2011

Assalamualaikumwarahmatullah
Akhirnya, hujan turun membasahi bumi setelah sekian lama kering.  Rasa mahu menangis pun ada ketika hujan turun dengan lebatnya pada ketika ini. Rasa sejuk dan nyaman mula dirasai badan ini. 

"We send down pure water from the sky. That with it We may
 give life to a dead land, and slake the thirst of things We have
 created,- cattle and men in great numbers."
(Surat al-Furqan, 48- 49)

Alhamdulillah.

11 May 2011

Satu sampai Lima Belas

Konklusi Semester 4
Assalamualaikumwarahmatullah

Aku concludekan semester empat ini dengan beberapa gambar yang aku rasa menarik.

1. Gambar-gambar semasa awal semester:

Salah satu gambar terawal semester ini.
:D
 The Ladies.



2. Masa untuk Berbowling!


3. Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri:
 ;D
Ini memang terkejut.


4.  Karaoke syok sendiri.
Feeling habis!


5. Pilihanraya MPP 
Kegembiraan jelas kelihatan disitu.
Tahniah Iqbal Amir!


6.  Riotgraphs: Hindraf Rally
:D
Bersama Wan Nazir.


7.  Selamat Hari Jadi Wan Nazir!
Cheesy sangat. Masih lagi mengidam.
Tipikal attack untuk hari jadi.


8.  Taman Negara sangat hebat!
Seronok bersama mereka!
Orang-orang Kg. Pagi, Kuala Tahan.


9. Serangan AdTour UiTM Melaka.
Zombies of Advertising.


10.  Video Arab di Taman Botani
Pelakon-pelakon Arab


11. Interview untuk Assignments
BigTree
Dentsu Utama


12. Basketball Day!
Tu,tu, coach profesional.


13. Anak Bangsa ;D
Bolehlaaaaah. Haha.


14. Random Shots of Not-So-Random people
Minah Rempit.
Cupcakes.
Taylor Swift
Groupmates :D
Dalam library pun boleh.
Catwalk.
Biruu.
The smallest advertising agency.
Hahaha.
Di menara pun boleh.
Thunder Thor!
 Dalam DK pun boleh.
 Azimah Ramli :D
 Yang baju merah tu tak sabar nak kahwin.
 Rawr!
Wanita-wanita jentera pilihanraya.
 Di Melaka pun boleh.(versi belah kiri)
 Di Melaka pun boleh.(versi belah kanan)



15. Istimewa untuk Dia.
 Red Velvet Cake yang dikongsi.
 Rutin pemandangan ketika melepak di tempat rasmi.
Jauh tapi dekat.


Akhirnya habis. Semua berlalu tetapi semua kekal di hati. Hahaha. Terima kasih semua. Aku sangat menghargai anda semua. Semoga cuti empat bulan ini tidak membantutkan memori kita semua.  Bakal rindu kalian semua. Cuti ini mari memerah keringat mencari duit poket untuk menampung kehidupan ini. Oh ya, tiada cuti untuk kamu berdua, D70s dan D80. Kerja yok!
:D