14 May 2011

Assalamualaikumwarahmatullah


Oh wow! Lihat apa yang aku jumpa dalam memori kuno.  Ini sangat klasik.  Gambar arwah atuk dan nenek aku.  Hahahaha.  Mungkin kerana aku tersangatlah bosan start cuti ini, aku mula mengemaskini kotak-kotak memori komputer aku ini. Wah, dan aku terjumpa gambar-ganbar ini dalam folder lama tak lama sangatlah.


Kacak bergaya sungguh orang-orang lama ni.  Baju melayu hitam dengan songket emas siap berkeris lagi.  Hmm, bila tengok betul-betul, ayah aku memang mirip habis dengan atuk aku.  Terus aku menggeletar sikit. Apa-apa pun, arwah atuk aku memang orang yang disegani oleh baik rakan-rakan atau sesiapa yang mengenalinya, terutama sekitar area Banting dan Keramat.  Al-fatihah untuknya dan arwah nenekku.

Al-Fatihah:

Radziah bt Abd Rahman
Abdul Samad bin Kahar
Abdul Rahman
Roqiah
Rugaiyah
Daud 

Semoga Allah SWT meletakkan arwah semua dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin.

No comments: