"New eras don't come about because of swords, they're created by the people who wield them."
Jajahan demi jajahan membentuk minda yang makin sempit. Kita menghakimi sesuatu dengan melihat hanya pada hasilnya, pada luarannya. Tanpa sedar usaha yang bersemadi disebalik indahnya luaran.
"Kami membenci UMNO bukan kerana namanya UMNO, tapi kerana mereka masih mengekalkan sistem penjajah"
"PAS janji masuk Syurga, mengarut! PAS doa keburukan Muslim yang lain! PAS itu, PAS ini..."
Dan kita lihat bagaimana disebalik semua rancah ini, ramai yang sedang tersenyum sinis. Perbalahan keanak-anakan yang menjadi bahan permainan dan persembahan jenaka buat mereka. Minda manusia tidak dicipta untuk ini. Minda manusia unik kerana mampu menjana pemikiran kritis. Menjana dan terus menjana, tanpa henti.
Siapa yang akan memerintah dunia suatu hari nanti? Mereka yang memegang pedang dan menghunus atas nama yang Satu. Mereka yang menyarung pedang pada pinggang dan berjalan terus ke medan. Mereka yang melemparkan pedang ke arah musuh yang nyata, bukan mulut-mulut yang hanya reti memburukkan dan menyalahkan. Saya percaya kita hanya ada tiga pilihan yang general, 1) Yang melindungi, 2) Yang dilindungi, 3) Yang berlari.
Pandang cermin dan nilai. Siapa diri ini? Yang memegang pedang untuk melindungi, yang berdiri dibelakang untuk dilindungi atau yang penakut melarikan diri? Yang berdiri teguh di depan menghadap yang Esa, yang berdiri di belakang menghayati hunusan pedang sang pembawa atau yang terus hanyut melarikan diri? Pembawa pedang solat. Mereka yang akan memerintah dunia suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment