The teachings of the master. The teacher of all teachers.
Maafkan diri ini ya Rasulullah kerna mengeluh di pagi hari Maulud yang agung. Cahaya kurniaan Allah melabuhkan kegelapan pagi, menyambut baik kebangkitan manusia dari katil-katil empuk. Alhamdulillah ya Rasulullah...kerna Allah masih lagi mengurniakan akal yang elok bagi diri ini untuk mengingatimu. Maafkan diri ini jika kata-kata ini meruntuhkan laras hormat yang sepatutnya.
Kita tidak pernah bersua, berbicara apatah lagi. Ingin sahaja diri ini menghadap makam agungmu dan jatuh menangis mengenangkan betapa diri ini sudah semakin jauh dari ajaran ilahi. Maafkanlah empunya badan ini yang semakin meronta-ronta diseksa alam duniawi. Tidak dapat diri ni membayangkan dunia tanpamu. Dunia tanpa Islam. Dunia tanpa cahaya.
Ya Rasulullah, dunia semakin gelap. Tirainya makin labuh. Baunya makin busuk.
Tapi indahnya masih ada. Sucinya masih terbit. Wanginya masih menusuk.
Diri ini masih menunggu. Untuk melihatmu, berjalan ke arahmu sambil mengalir air mata dan kaku menyaksikan cahaya diwajahmu. Untuk mendengar suaramu menyebut 'Umatku..'. Tidak mampu diri ini bersuara apabila mendakapmu erat. Merasai kasih dan cintamu walau diri ini penuh jijik dengan dosa.
Abdullah wa Rasuluhu.
No comments:
Post a Comment