05 July 2009

MMS= Kegembiraan, Kekecewaan, Kesedihan

Memang aku hendak cuba menjadi seorang Pembantu Mahasiswa (PM) yang baik bagi pelajar-pelajar baru tapi segalanya hanyalah kisah impian yang tidak kesampaian apabila segalanya bertukar rupa.

Semuanya mungkin terjadi apabila pihak UiTM telah memenuhkan ruang-ruang di UiTM Melaka dengan lebih kurang 2000 lebih student baru termasuklah dari Kampus Bandar.
Waahh...ramainya tidak terkata apabila setiap PM yang ada terpaksa mengeluarkan peluh jantan masing2 unuk membantu setiap seorang dari mereka.

Kini aku faham mengapa PM2 pada MMS aku dulu garang-garang belaka....
Hahaha..tapi aku tetap bersabar kerana aku tahu dalam sabar itu ada manisnya.

TAPI!

Kesabaran aku sedikit terjejas. Bukan kerana student2 baru tetapi oleh segelintir PM2 sendiri.
Aku tahu aku ini PM di bawah Biro Makanan. Aku tahu aku dan rakan-rakan sebiro aku bertugas untuk menyediakan mereka makanan. Tapi perlu aku ingatkan pada PM2 ini (yang baru mahupun lama) bahawa kami ditugaskan untuk memberi anda makan apa yang telah disediakan oleh pihak UiTM dan caterer yang ditugaskan sahaja. Jika mereka menyediakan 2 tong besar air masak untuk student baru dan juga PM2, itulah yang kami terpaksa beri pada anda walaupun telah berkali-kali kami menye'sound pihak caterer tersebut supaya menyediakan lebihb banyak air dan makanan.

Jadi mengapa anda-anda ini asyik memburu dan menyalahkan semuanya pada PM2 Biro makanan? Seolah-olah kamilah pekerja caterer yang seharusnya memberkan layanan bertaraf 5 bintang kepada anda semua abang2 dan kakak2 PM yang telah matang (bukan semua PM ya,yang terasa sahaja.)

Aku minta maaf sekiranya aku sedikir kasar cuma aku geram.
Cuba bayangkan.....anda dilayan seperti pencacai dan bibik....macam orang gaji pun ada juga.


Tapi itulah, aku sebenarnya tidak kisah. biarlah. tugas yang telah diberi kami jalankan..
Biar Ikhlas Dalam Perjuangan.


Tapi aku sangat gembira dapat mengenali begitu ramai orang yang baik2.
Aku gembira dapat rakan2 baru dari Biro Makanan. Walaupun baru mengenali diri masing2 dalam lebih kurang 2 minggu sahaja, kami sudah jadi macam sebuah keluarga pula...
Seperti kata Si Fatin dan Azran Botak; Pet Family.

Aku juga dapat mengenali beberapa lagi rakan ynag sungguh baik seperti PM2 Biro Disiplin,Biro pembangunan Insan dan juga dari Biro Tugas-Tugas Khas yang membantu kami di dewan makan. Terima Kasih semua kerana tidak menyuarakan sebarang complaint tapi terus memahami dan membantu kami.

Aku minta maaf sekiranya terkasar sedikit. Tapi itulah luahan hati aku....aku tidak berasa kecewa terhadap student2 baru...mereka sangat baik dengan kami...tapi perasaan itu berpindah arus ke pihak yang lain.
Maafkan aku. Dan aku mengharapkan yang lebih menarik pada MMS yang akan datang.