29 October 2011



Assalamualaikumwarahmatullahitaala

Mulai tertarik dengan awan-awan di Shah Alam kebelakangan ini. 
 Cantik dan berlayer-layer. Oh, yang ini untuk awak. :D

27 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullahitaala

Dan kami menjadikan tidurmu untuk istirehat. Dan kami menjadikan malam sebagai pakaian”. (an-Naba’ : 9-10)

"Tidur yang sihat adalah bermula jam 11 malam sehingga 3 pagi. Tambahan lagi tidur di antara jam 12 malam sehingga 1 pagi dinamakan tidur delta dan tidur 1 saat pada masa ini bersamaan tidur 45 minit waktu lain. Satu lagi masa yang disunatkan untuk tidur ialah jam 12 tengah hari hingga 1 petang." 
(~http://www.fikrahislam.com/kesihatan/tidur-yang-sihat/)
Sekadar Berkongsi. Haish. Aku kadang-kadang kalau  tiada kelas dan penat sangat, mahu sampai 10 jam aku tidur. Tidur yang sihat dalam Islam 4 jam sahaja.  Mampu ke? Susah.
Assalamualaikumwarahmatullahitaala

Tabahkan usaha, kuatkan jati diri. Yang menyebut ini pun lemah, jadi boleh jadikan nasihat untuk diri sendiri juga. Bisikan halus menghantui diri. Halus sangat sampai tembus ke hati. Meronta-ronta, meminta untuk dilepaskan dari belenggu itu. Bisikan apa sampai begitu bunyinya? Bisikan penyesalan. Kesalan merupakan sesuatu yang sangat berharga.  Sesiapa yang tidak kesal mungkin tidak berhati. Setiap kesalan jadikan pendorong. Untuk maju setapak lagi. Sebelum terjatuh lagi.

22 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Tau, tau. Semua orang dah bercerita tentang cerita ini.  
Tak banyak filem yang bagus seperti ini keluar panggung.
Walaupun masih ada benda-benda pelik dalam filem-filem barat ni (okay, stereotype disitu), 
tapi filem ini membuktikan dan menyampaikan satu mesej yang jelas.
"even the weakest man can kill the strongest."
Sekecil atau sesampah mana pun diri ini, jika kita rebut peluang, hasilnya pasti hebat.
Tidak perlu jadi yang luar biasa.  Jadi yang biasa, melakukan yang luar biasa. 

The weakest man is the one who is able to correct his moral defects, but doesn't take action. -Ali bin Abi Talib.

19 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah



It's been a while since the last time i touch you.

Okay, special entry untuk 2 kamera aku.
 Mr. D70s dan Cik D80.
Maafkan saya sudah lama tidak membelai dan melayan kamu semua.
Aku rindukan kamu berdua.  Memandangkan hari ini hari istimewa,
hari aku akan bawa Cik D80 untuk menjelajah perjalanan pergi dan pulang ke kelas.
  Mr D70s sabar ya, hujung minggu nanti aku bawa kau pula berjalan-jalan.
Kesian kamu berdua terbiar, berhabuk. Haiissshhh. 
Untuk Mr. SB600, sabar ya di hospital tu. Ada duit aku pergi keluarkan kau.
Sabaarlaaaah baby-baby kuu!
Shuk dah meroyan. Ksalam.

Hari ini memang hari istimewa. Hari ini sembilanbelasharibulan. :)

16 October 2011


Ar Rahman, the compassionate and gracious. Ar Rahim, the Merciful you made the earth spacious. Al Maalik, the King of all spaces. Al Quddus,the Holy who can never be replaced. As Salaam, bestower of peace and tranquility. Al Mu’min, the ultimate Granter of Security.  Ya Allah You are my life. I need You blessin me. Al Muhaymin, Protector of Protectors. Al Aziz, the Mighty Al Jabbaar the Compeller.  Al Mutakabbir, Supreme in Greatness so Majestic. Made us from clay breathed of His spirit He is ever blessed. Al Khaliq, Creator. Al Bari, the Maker.  Al Mussawir, He is the form shaper.  Ya Allah I think of You and I feel safer.

Al Ghaffar, the Forgiver of the Sinners. Al Qahhar, the Subduer the Ender. Al Wahhab, the Bestower no one higher. Ar Razzaq, the Provider He’s the Greatest He’s the Guider.  Al Fattah, the Opener and Judge of  Judges.  Al alim,  All-Knowing. Your attributes are ongoing.  It is Your promises that keep me hoping.  We give a few of Allah’s infinite attributes.  We say Allah we love You for everything You do. We show appreciation.  Repeat that You’re the greatest . To prove we only wish to be in Your good grace.


Ya Allah. Ya Allah. Ya Allah.
Assalamualaikumwarahmatullah

Laskar Pelangi.
Ada sahaja, siapa kata tiada?
Cuma arahkan minda ke situ.
Tadaaaa. Pelangi pun muncul.
Walau sekejap, cukuplah sekadar menghiburkan hati.
Kerana cinta yang, silap, PALING agung takkan pernah luntur.

15 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Maaf, hati sudah tertutup.
Terkatup rapat.  Terkunci untuk seseorang.
Mungkin ada yang lebih baik?

"Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka menyintai orang yang beriman."
                                                                                                                                   (Riwayat Muslim)

13 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

"(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu" 

Diri itu kuat. Percaya pada diri. Pasti temui jalan yang hebat.
Yang hebat apabila segalanya, dilapiskan bersama Iman yang jitu.
Kau pasti boleh.
Allah sentiasa dalam hati.  Membantumu dalam cara yang paling berhikmah.

11 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah
Nomnomnomnom.
Macam boleh makan.

10 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Hari ini, walaupun terasa lesu, hati sedikit sejuk.
Ketika Maghrib di surau, terpaksa tunggu di luar kerana penuh.
Aku cuba menjenguk kedalam surau untuk melihat keadaannya.
Kelihatan Imam baru sahaja selesai mengucapkan salam.
Aku amati imamnya. Familiar saja orangnya.
Berketayap, si Imam berpaling dan..
Oh, mata aku yang lesu kembali aktif berpinar-pinar.
Imam itu adalah senior kolej aku semasa diploma dahulu.
Senior ini dahulunya merupakan Mat Rock sejati.
Main gitar memang expert dan memang rock habislah.
Sekarang aku lihat dia berkopiyah dan mengimamkan jemaah untuk maghrib.
Terkesima sebentar, aku datang ke arahnya dan menepuk bahunya.
Kedua kami mengucapkan salam dan tersenyum.
Tanpa sebarang bicara aku menuju ke barisan jemaah untuk maghrib.

Indahnya rahmat Allah. Indahnya hidayah Allah.
Cantik, Islam itu sangat cantik.

09 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Pelik. Aku tidak menangis.
Tidak langsung.
Mungkin kerana aku sedang merasakan saat hati dalam penuh keredhaan.
Atau mungkin juga aku tidak rasa ditinggalkan.
Kerana aku tetap akan menunggu.
Bukan kerana menjadi si Saiko Obsesi,
Cuma menjadi insan, yang menanti dan menghormati,
Cinta yang suci dan barakah.  - Saya.


Sama-sama.
Moga Allah, memakbulkan doa.
Assalamualaikumwarahmatullah

Oh, kadang-kadang hati rasa benci.
Hati rasa kosong.
Harta, kemahsyuran semua sudah dimiliki.
Tetapi kekosongan itu diisi dengan sesuatu.
yang tidak akan memenuhkan.

Dan akhirnya mereka semua mati,
dalam keadaan yang hina dan memalukan.

"Rabbana afrig alaina sabran wataffana Muslimin"

08 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Minggu ini minggu yang sangat panjang.  Tapi pengalaman di Karnival Islamik memang banyak mengubah persepsi dan pandangan aku.  Sedikit sebanyak kata-kata Kak Wardina Saffiyah, Abg. Sham Kamikaze dan Abg. Bakar mengubati jiwa yang masih bergetar lagi.  Teruskan ke hadapan. Teruskan apa yang telah kau mulakan. 

05 October 2011

Walking Zombie Episode
Assalamualaikumwarahmatullah

Mula buat-buat sibuk untuk mengalihkan pandangan sebentar.
Bukan aku tak rasa, bukan aku tinggalkan.
Aku ingat.
Sentiasa.
Tidak kira sesibuk mana pun.
"Rawr"

04 October 2011

Assalamualaikumwarahmatullah

Dah sampai berbekas jari manis di tangan kiri.
Ironinya? Bekas dalam hati?

I will wait for you.
Cause I don't know what else I can do,
Don't tell me I ran out of time,
If it takes the rest of my life.