Assalamualaikumwarahmatullah
Hari ini, walaupun terasa lesu, hati sedikit sejuk.
Ketika Maghrib di surau, terpaksa tunggu di luar kerana penuh.
Aku cuba menjenguk kedalam surau untuk melihat keadaannya.
Kelihatan Imam baru sahaja selesai mengucapkan salam.
Aku amati imamnya. Familiar saja orangnya.
Berketayap, si Imam berpaling dan..
Oh, mata aku yang lesu kembali aktif berpinar-pinar.
Imam itu adalah senior kolej aku semasa diploma dahulu.
Senior ini dahulunya merupakan Mat Rock sejati.
Main gitar memang expert dan memang rock habislah.
Sekarang aku lihat dia berkopiyah dan mengimamkan jemaah untuk maghrib.
Terkesima sebentar, aku datang ke arahnya dan menepuk bahunya.
Kedua kami mengucapkan salam dan tersenyum.
Tanpa sebarang bicara aku menuju ke barisan jemaah untuk maghrib.
Indahnya rahmat Allah. Indahnya hidayah Allah.
Cantik, Islam itu sangat cantik.
No comments:
Post a Comment