23 December 2009





Mungkin Satu Hari Nanti,
Apabila Semuanya Jelas,
Allah Telah Tentukan,
Masaku Sudah Tiba.

19 December 2009

Faunaku







Aku bergelumang dengan pokok-pokok sejak aku dilahirkan.
Sejujurnya, aku tidak berapa minat...bukan membenci,
cuma kurang minat.
20 tahun, rasanya sudah ribuan pokok aku tanam, siram, baja, cantas, dan semuan-semuanya.
Nyamuk, Kerengga, Semut Api, Lipan, semuanya rasanya sudah merasai badan aku ini.
Haha, ironinya, aku tidak boleh berhenti.
Kerana tanggungjawab.

White Shoes Creative Production




Great TEam!

17 December 2009

Selamat Kembali!

Selamat Pulang Raksasa Ku!
Haha.
Selamat Bertemu!

15 December 2009

Kamu Sangat Beerti

Kadang kadang aku terfikir,
Benarkah ada erti hubungan antara dua insan.
Hubungan apabila dua insan bertemu,
Berkenalan,
Saling mengenali,
Saling mula mencintai,
Saling menerima,
Saling mengikat kasih,
Mengikat janji.
Hingga ke syurga.
Menjadi teman hidup,
di kala kesedihan menyelebungi hidup,
di saat kegembiraan datang menjengah,
dimana semua itu dapat dikongsi,
agar hidup lebih beerti.
Beertikah hidup aku?
Bila kau datang mengintai?
dan menyintai?
Tanyalah dirimu,
Dan apa yang ada di hati mu,
Itulah aku.
Sekarang, takdir menentukan.

14 November 2009

Kita-kita

Wajar?
Hidup tak menentu,
Kita cakap yang ini, yang lain diri kita,
Kita marah kerana sepotek, sepulutek kita mara sekali.
Kita membebel, kita mengeluh,
Seolah-olah semuanya kelihatan negatif sekali,

Kita lihat kawan kita menghadap kebesaranNya,
Pada masa yang sama kita melihat 'Syaitan'.
Kita mimpi yang bagus-bagus,
Pada masa yang sama kita mengomel tanpa bertindak.

Kita tengok kawan kita.
Apa yang dia mahu, kita pun mahu.
Apa yang dia dapat, pun hak kita juga.
Semuanya mahu dalam genggaman kita,
Pada masa yang sama kita mendendami dia.

Haih, maafkan aku,
Aku tahu aku melampau,
Lihatlah,
Satu keluhan tercipta di atas.
Kekecewaan terpendam di sudut hati,
Mungkin menanti untuk dilepaskan dengan perlahan.

Semua benda kita nak.
Tapi tak semua akan kita dapat.
Muhasabah diri, melalui tindakan akal dan fikiran.
Perkongsian bersama erti pembukaan hati untuk menerima.

Mungkin satu hari nanti kita dapat berubah sepenuhnya,
Menjadi insan yang berjaya,
Seperti apa yang kita ngomelkan sebelum ini,
Dunia akhirat,
atau kita mati mencuba.

"kita", marilah kita renungkan yang setiap yang berjiwa
pasti merasai saat maut datang menjemput,
dan kepada Yang Esa lah kita akan dikembalikan.

12 November 2009

Nafsu yang Cantik

Andai kata aku mampu,
aku sudah lama selesaikan,
Andai aku punya harta,
seperti engkau,
tiada masalahnya semua ini.
kau hanya fikirkan tentang diri kau.
Diri kau seorang saja.
Selama ini,
Aku baru sedar,
Aku tersilap memilih.
Pilihan yang padah.
Yang membawa aku ke dalam gelombang-gelombang dosa,
Yang dihanyutkan oleh aku sendiri,
Dan akhirnya,
Aku terpaksa tanggung bebannya,
Namun aku redha, tatkala dapat bebas dari genggaman kau.
Yang pada dasarnya hanya ada nafsu sahaja.
Alhamdulillah pada Yang Esa.

07 November 2009

Habis sudah peperiksaan MUET aku.
Bercakap tentang MUET,
MUET berkaitan dengan English bukan?
Apa signifikasinya bahasa orang barat ini kepada kita?
Sangat penting bukan?
Amat penting sehingga ia mempengaruhi industri-industri negara kita.
Bahasa Global,
atau Bahasa GlobaL - Isasi?

Aku terkenang semasa pergi ke Kota Tinggi untuk pengambaraan Dokumentari Sultan Mahmud Mangkat Dijulang untik tugasan salah satu subjek aku.
Aku terfikir sesuatu yang menarik.
Dahulu, bahasa melayu sangat memainkan peranan.
Zaman Kesultanan Melayu Lama.
Lagenda Sejarah kita.

Kita perhatikan,
dahulu, pembesar-pembesar dan gabenor-gabenor barat terpaksa berlutut di depan Sultan,
membayar cukai untuk berdagang dan berbahasa melayu semata-mata untuk berada di Tanah Melayu. Mereka perlu hormat pada kesultanan melayu pada ketika itu. Hormat.

Sekarang?
Bahasa mereka berkembang, menjadi penaung bahasa globalisasi.
Menteri-menteri bebas mengutuk negara dan bangsa lain.
Gerakan globalisasi melalui pelbagai medium mula mempengaruhi kota-kota fikiran manusia.
Tahniah kepada mereka....

03 November 2009

Fikiran serabut.
Melayang. Aku jumpa sesuatu yang tak sepatutnya.
Kebenaran atau andaian?
Bukti lebih kepada kebenaran.
Gila, tak dapat aku berfikir dengan tenang.
Fikiran serabut.
Melayang. Aku jumpa sesuatu yang tak sepatutnya.
Kebenaran atau andaian?
Bukti lebih kepada kebenaran.
Gila, tak dapapt aku berfikir dengan tenang.

22 October 2009

Bisakah semuanya berakhir dengan sempurna?
Aku bisikkan pada kamu.
Tentang apa yang dipendam.
Apa yang terpendam.
Akhirnya semuanya hilang.
Seolah-olah hilang kalbu dari mata dan hati.

05 October 2009

Solat tiang agama.
Medium kita untuk berkomunikasi dgn yang Maha Esa.
Tuhan yang satu.
Solat kita melambangkan siapa diri kita.
Dan diri kita melambangkan bagaimana solat kita.
Moga kita mampu mempoleh Husnul Khatimah bila sampai ajal nanti.
Pernah dengar orang cakap
orang yang baik mati cepat,
orang jahat mati lambat?
Sejauh mana kebenarannya?
Copyright kerjaku.
hak kumpulanku.
Kumpulanku=keluarga yang aku sayang.

27 September 2009

Si Polis Muda

Aku ada cerita.
Polis.
Ya, polis Malaysia.


Polis Malaysia hebat ya.
Serba boleh.
Pakar semuanya.
Tembak satu peluru, 10 penjenayah mati katak.


Tapi, aku terjumpa satu polis ini,
Muda orangnya.
Boleh tahan rupanya.
Rambut 'smart', tercacak menegak atas kepala.


Alkisah, ayah aku dan si polis muda ini boleh bergaduh di tengah-tengah highway Simpang Pulai.
Wah, dahsyatnya amarah polis muda ini hingga sanggup membahayakan diri sendiri dan pengguna highway yang lain dengan menghimpit-himpit kereta kakakku ala-ala dalam game need for speed.


Dipendekkan cerita, kedua-duanya, si polis muda dan ayahku berhenti untuk 'menyelesaikan' pergaduhan yang telah tercetus.
Si polis muda terus keluar dari keretanya dan mula menengking2 ayahku.
Disebabkan rupa ayahku macam cina taiko, si polis muda mencarut dengan slang cina yang kelakar.
Haiyo, memalukan polis lah ini macam.
Polis boleh mencarut-carut, memaki-maki terhadap orang awam kah?
Dan aku tertanya2, adakah orang awam punya hak untuk mengetahui nombor polis itu?
Kerna si polis muda bertegas yang orang awam macam ayah saya tidak punya hak untuk bertanyakan sebegitu.
kemusykilan tercetus.

p/s: si polis muda membawa kereta MyVi putih berplatkan JKR 630*

19 August 2009

Jalinan XX

Kenyataan.
Itu yang manusia tak dapat hadapi kadang kala.
Duk membebel 24 jam tentang masalah yang merepek.
Termasuk empunya diri.

Jalinan aku dengan rakanku di sekolah makin hari makin jauh.
Mungkin aku yang salah, kerna aku yang menjauhkan diri.
Tapi sejujurnya anda semua,
Aku tak biasa dengan cara anda.
Shisha di malam hari di hartamas? Maafkan aku. Aku tidak bisa.

Merokok? Wahh, menempah ajal sendiri.
Arak?Hah, korang dan aku Muslimlah. Sedar tak?
Mungkin aku pun banyak buat apa yang tidak patut,
Tapi sama-sama kita boleh berubah kan?
Jangan lupa untuk kekalkan persahabatan yang terbina selama ini.
Hilangkan amarah dan damaikan persalaman antara kita semua.

13 August 2009

KONTRA KAN SEMUA

Pada suatu hari yang indah.
Aku sangat bahagia.
Berjalan-jalan ke perpustakaan dengan hati yang girang.
Seolah-olah tiada apa yang perlu aku risaukan.

Keseronokan pergi ke perpustakaan pada waktu pagi memang tidak dapat aku gambarkan dengan kata-kata.
Lebih seronok ketika menghadap komputer dalam perpustakaan semat-mata untuk menyiapkan proposal subjek kajian komunikasi.
Waah..Waahh..aku sangat teruja.
Sangat gembira membuat tugasan ini.

Rasa macam naik roller coaster tapi aku tidak boleh menjerit sepuasnya kerna nanti orang ramai fikir aku ini orang kurang siuman.

Hahaha. Aku sangat sedih kerna Berjaya menyiapkan proposal ini. Aku ingin membuat tugasan seperti ini lagi. Hhahahaha. Keseronokannya tiada tandingan.


(rakan-rakan, sila kontrakan semua makna entri di atas ya. Itulah perasaan sebenar aku.)

12 August 2009

Emosi Keagungan

Pemikiran jumud manusia.
Aku tidak terkecuali dalam kes ini.
Sikap terlalu mengagungkan orang lain.
Sehingga diri sendiri seolah-olah kelihatan sangat lemah.
Aku perlu kikis sifat 'terlalu' ini.
Saban waktu nanti, ia menelan apa yang orang-orang putih gelarkan sebagai 'self confidence' di dalam diri aku.
Persekitaran pun sama juga.
Percakapan dan tingkah laku 'terlalu' itu turut memakan pemikiran aku.
Kita semua manusia bukan?
Punya peluang yang sama.
Kaya, Miskin, Kacak, Comel, Cantik, Seksi, Bijak, Licik,
Semuanya diberi peluang yang sama.
Semuanya diberi anugerah kehidupan oleh yang Maha Esa.
Jadi, mari kita bersama, melangkah menuju kejayaan, dengan peluang yang telah diberikan pada kita.

10 August 2009

aku juga keliru
setelah kau yang sedarkan aku
aku tidak tahu
apa yang perlu dilakukan

Apa kehendak kau?
Tinggalkan atau kekalkan?
Mana pilihan hati kau

kau jujur padaku
jika hati kau telah tetap
dan akan aku lakukannya
kerana aku memahami

30 July 2009

selamanya

Mungkin segalanya indah, jika apa yang kita miliki, kekal selamanya.
Tapi itu mustahil.
Kecewa, mungkin tidak.
Ada sesetengah perkara lebih elok untuk kita tinggalkan.
Tapi, bagaimana pula jika yang tidak elok itu kita sangat gemari?
Mampukah kita tinggalkannya?
Terdayakah kita melawan nafsu itu?

Mungkin pada zaman ini, ramai yang kecundang, termasuklah empunya tangan yang menulis.
Kadang-kala aku terlalu mengikut perasaan, dan kadang-kala aku menidakkan apa yang tidak betul.

Kadang-kala aku sendiri yang terkeliru.
Dan menanggung akibat pedih dari sembilu perlakuan aku sendiri.

25 July 2009

water fiksyen popkorn


Maaf terlambat. Gambar MMS



















Gambar yang lain akan aku pass kepada Si Azran dan Fatin kemudian ya.



Sepasang Cincin, satu persoalan


Anda semua keliru dan runsing?
Inginkan jawapan untuk segala persoalan di benak hati anda semua?
Hentikan semuanya. Tolonglah.
Semua spekulasi; mungkin benar dan mungkin tidak benar.
Jadi jangan pandai-pandai hendak membuat kesimpulan sendiri.
Raksasa, macamana? Haruskah aku teruskan apa yang fana ini?
Hehe,teruskan atau tidak ya?
Gambar diatas; ada kebenarannya.
Tapi dengan cara aku sendiri.
Tafsirlah sendiri.
Dan aku tidak peduli pun semua itu.
Maafkan aku ya.

Pi Mai, Pi Mai Tang Tu Juga

Aku sudah naik kematu menjahanamkan masa aku di rumah.
Haih...entahlah, hendak buat apa pun macam tidak berjalan. Sifat pemalas aku memang tidak bisa aku kikis.

Oit. raksasa...apa khabar kamu disana?
Harap kamu tenang dan sabar hadapi dugaan. Hahaha.
Aku tahu kau dalam kerunsingan.

Ahh...aku sudah pulang ke tempat belajar aku...
Tidak ramai yang sudah kembali.
Dan aku mula risau tentang semua perihal kerja-kerja aku.
Harap dapat dimulakan segera.

Kepada ahli-ahli kumpulan dokumentari, ampunkan aku kerna tidak dapat mengikut anda semua ke Johor. Ada hal penting yang perlu aku uruskan di Kuala Lumpur tercinta.

Aku sudah kembali ke Melaka dan aku rasa susah untuk aku kembali ke Kuala Lumpur semula walaupun aku punya sebab tersendiri untuk pulang ke sana. Ada pengembaraan yang belum selesai.

12 July 2009

Pemahaman Yang Kabur

Assalamualaikumwarahmatullah.


Aku tidak faham
mengapa kau tidak faham.

Kesudahannya?

Kabur.

Apa yang harus aku lakukan?
Aku tidak mahu kehilangan.
Aku tidak mahu terhilang.

Mungkin semua ini kau anggap mimpi.
Jika kau anggap ini mimpi semata-mata,
Aku tidak mahu bangkit dari tidurku.
Dan tolong, jangan kejutkan aku.
Kecuali untuk bangun Subuh. Haha.

Virus-Virus Benci

Assalamualaikumwarahmatullah.


Apa yang perlu dikatakan?
Satu dunia sudah kecoh dengan kehadiran virus yang datang tanpa diundang ini.

Sebelum ini aku hanya mendengar dan menonton tentang virus ini dari kaca televisyen saja.
Tapi sejak 2 hari lepas, virus itu telah berjaya singgah di sini...di UiTM Melaka.

Dimulakan dengan pangilan telefon dari salah seorang ahli majlis tertinggi kolej aku,
sehinggalah aku diberikan topeng mulut murah dan pergi 'melawat' kolej-kolej yang telah diserang.

Keadaan boleh dikatakan sedikit kelam-kabut namun aku percaya semuanya terkawal lagi.
Kelihatan beberapa orang 'angkasawan' membawa tong-tong racun yang digunakan untuk membasmi virus itu di kolej-kolej yang terlibat.

Keadaan darurat diteruskan dengan keputusan untuk melaksanakan perintah kuarantin terhadap 3 kolej yang diserang. Maka terciptalah 3 penjara pelajar secara tidak sengaja.

Aku? haha...Aku dan rakanku yang bergelar Sabun menaiki motosikal meronda ke 3 kolej berkenaan sebelum terpaksa memasang telinga mendengar taklimat dari pihak berwajib.
Bunyinya membosankan?
Mungkin.

Tengah malam pula, makin ramai pelajar-pelajar yang berarak menuju ke klinik.
Masing-masing ingin memastikan keselamatan diri terjamin.
Yang sakit tekak sahaja pun tiba-tiba sanggup berjalan kaki dari kolej yang jauh ke klinik.
Majoritinya disahkan negatif.

Haihh...Malam yang sangat penat.
Aku penat sebenarnya memakai topeng mulut murah itu sebab agak sukar untuk bernafas.
Hei, raksasa malam, mana topeng muka yang kau janjikan itu?
Hahaha.

11 July 2009

Kasih Bintang di Surga





Bintang di Surga
Berikan Cerita
Dan Kasih yang Setia





Pasti majoriti dari kita insan di dunia ini mengharapkan sesuatu yang dipanggil
Kasih.
Cuma yang membezakannya adalah dari mana seseorang itu mengharapkan
Kasih itu datang.



Kasih kepada Allah SWT.
Kasih terpenting kita sebagai khalifah dan hambaNya di muka Bumi ini.
Kasih Allah kepada insan adalah yang terpenting, membawa kita ke ganjaranNya
yang terbesar.

Kasih sesama Insan
Kasih sementara di muka Bumi ini.
Ada yang mampu mengecapi nikmat syurga,
Ada yang menarik kaki kita kedalam neraka.
Kasih ini bersifat sementara.
Berputar-putar antara yang halal dan haram.


Alangkah indahnya, jika kita mampu mengecapi kedua ini dengan cara yang begitu
munasabah.
Kasih sesama manusia tanpa melupakan kasih pada yang Esa.
Kasih sesama manusia dan meletakkan kasih pada yang Kuasa sebagai yang pertama.

Allahuakbar. Allah Maha Besar.



09 July 2009

Hari yang menggembirakan?

Assalamualaikumwarahmatullah.

Apa yang aku ingin katakan lagi?
Kebelakangan ini aku asyik menyuarakan betapa tidak puas hatinya aku terhadap sesuatu perkara....

Kali ini?
Haha. Kita bicara mengenai Hargai Sesama Insan.
Skeptikal mengenainya? Tinggalkan laman blog aku segera.

Aku cuma student. Manusia, hamba Allah SWT yang lemah dan mengharap belas dariNya.
Tapi, kenapa dan mengapa ada juga manusia yang tidak menghargai setiap apa yang aku telah buat. Maafkan aku, sekali lagi aku emo seorang diri disini. HAHA.

Aku telah buat kerja sebaik mungkin untuk mereka, ya KAMU. Siapa makan cili terasa la pedasnya. tapi?

Tapi kamu semua membuat keputusan untuk membuang aku juga.
Walaupun bukan secara langsung, tapi aku faham maksud kalian semua.
Maafkan aku if aku tidak mampu buat yang terbaik untuk anda, tapi apa yang aku harapkan adalah sekurang-kurangnya, tolonglah hargai sedikit kerja aku.
Walaupun serba kekurangan. tapi peluh aku banyak juga yang keluar untuk kamu semua.

Ya, senyumlah kamu semua kerana aku tidak akan mengganggu dan menyusahkan kamu semua lagi. Carilah orang yang selayaknya untuk kalian semua. Mungkin kamu akan berjumpa dengan ROBOT, ANDROID, TERMINATOR atau sebagainya untuk kerja kamu semua itu dan aku rasa mereka tidak akan kenal erti penat dan lelah apabila bekerja dengan kalian semua.

Maafkan aku.
Terlebih emo pula.

Nasib baik ada raksasa malam yang berjaya menenangkan aku.
Haih.
Shuk, apa tindakan kau sekarang?

08 July 2009

Hah?

Assalamualaikumwarahmatullah

Ah, sekali lagi aku fikirkan tentang masa lepas.
Serabut.
Tentang apa? Tentang manusia-manusia yang aku panggil cahaya.
Adakah berbaloi semuanya?
Bagi mereka, mungkin tidak. Tidak langsung fikir aku.
Mereka terangi aku, dan aku umpama pemadam atau pemalap cahaya tersebut.

Akhirnya, seperti mereka sahaja yang terseksa, tanpa memikirkan aku disini.
Mungkin hati aku bukan seperti mereka yang lain.
Aku lebih suka pendam. Pendam Dalam.
Ah, tidak suka aku meluahkan apa2 kepada sesiapa kecuali pada si raksasa malam.
Mungkin si raksasa malam tidak wujud, tapi bagi aku, dialah teman setia yang mendengar dan berceloteh. Manusia-manusia saja yang tidak dapat melihat.
Aku berbunyi seperti orang kurang siuman kan?

Sekali lagi aku ingin ucapkan; yang apabila ada ikatan, akan timbul
tanggungjawab & kewajiban. Jadi tolong faham.
Aku juga terseksa tapi aku sedang berusaha membiasakan diri.

Ahhhh.....aku kusut...aku pusing dan aku ingin bebas dari semua ini....
Siapa2 yang volunteer ingin tarik aku dari semua ini?
Siapa2?
tolong?
please?
huhuhuhu....

Allah sajalah tempat aku mengadu...

06 July 2009

1st Class Aku= Hahahaha

Berbaju kemeja.
Bertali leher.
Berseluar Slack.

Berjalan ke kelas.
Tengah2 panas.
Ramai orang.
Pening sikit.

Sampai kelas.
Jumpa rakan lama.
Gelak2.
Seronok juga.

Jumpa lecturer baru.
agak tegas.
Tapi still ok.
Sir Shahnawi empunya nama.

Lantikan Class Rep.
Siapa jadi mangsa?
Siapa lagi?
Akulah orangnya.

Padan MUka kAu SHUK.

tapi seronok dapat kembali ke Melaka walaupun sedikit pilu kerana terasa
sedikit kekurangan. HAHAHAHA.

05 July 2009

MMS= Kegembiraan, Kekecewaan, Kesedihan

Memang aku hendak cuba menjadi seorang Pembantu Mahasiswa (PM) yang baik bagi pelajar-pelajar baru tapi segalanya hanyalah kisah impian yang tidak kesampaian apabila segalanya bertukar rupa.

Semuanya mungkin terjadi apabila pihak UiTM telah memenuhkan ruang-ruang di UiTM Melaka dengan lebih kurang 2000 lebih student baru termasuklah dari Kampus Bandar.
Waahh...ramainya tidak terkata apabila setiap PM yang ada terpaksa mengeluarkan peluh jantan masing2 unuk membantu setiap seorang dari mereka.

Kini aku faham mengapa PM2 pada MMS aku dulu garang-garang belaka....
Hahaha..tapi aku tetap bersabar kerana aku tahu dalam sabar itu ada manisnya.

TAPI!

Kesabaran aku sedikit terjejas. Bukan kerana student2 baru tetapi oleh segelintir PM2 sendiri.
Aku tahu aku ini PM di bawah Biro Makanan. Aku tahu aku dan rakan-rakan sebiro aku bertugas untuk menyediakan mereka makanan. Tapi perlu aku ingatkan pada PM2 ini (yang baru mahupun lama) bahawa kami ditugaskan untuk memberi anda makan apa yang telah disediakan oleh pihak UiTM dan caterer yang ditugaskan sahaja. Jika mereka menyediakan 2 tong besar air masak untuk student baru dan juga PM2, itulah yang kami terpaksa beri pada anda walaupun telah berkali-kali kami menye'sound pihak caterer tersebut supaya menyediakan lebihb banyak air dan makanan.

Jadi mengapa anda-anda ini asyik memburu dan menyalahkan semuanya pada PM2 Biro makanan? Seolah-olah kamilah pekerja caterer yang seharusnya memberkan layanan bertaraf 5 bintang kepada anda semua abang2 dan kakak2 PM yang telah matang (bukan semua PM ya,yang terasa sahaja.)

Aku minta maaf sekiranya aku sedikir kasar cuma aku geram.
Cuba bayangkan.....anda dilayan seperti pencacai dan bibik....macam orang gaji pun ada juga.


Tapi itulah, aku sebenarnya tidak kisah. biarlah. tugas yang telah diberi kami jalankan..
Biar Ikhlas Dalam Perjuangan.


Tapi aku sangat gembira dapat mengenali begitu ramai orang yang baik2.
Aku gembira dapat rakan2 baru dari Biro Makanan. Walaupun baru mengenali diri masing2 dalam lebih kurang 2 minggu sahaja, kami sudah jadi macam sebuah keluarga pula...
Seperti kata Si Fatin dan Azran Botak; Pet Family.

Aku juga dapat mengenali beberapa lagi rakan ynag sungguh baik seperti PM2 Biro Disiplin,Biro pembangunan Insan dan juga dari Biro Tugas-Tugas Khas yang membantu kami di dewan makan. Terima Kasih semua kerana tidak menyuarakan sebarang complaint tapi terus memahami dan membantu kami.

Aku minta maaf sekiranya terkasar sedikit. Tapi itulah luahan hati aku....aku tidak berasa kecewa terhadap student2 baru...mereka sangat baik dengan kami...tapi perasaan itu berpindah arus ke pihak yang lain.
Maafkan aku. Dan aku mengharapkan yang lebih menarik pada MMS yang akan datang.

Cuti Yang Kekurangan

Cuti semester lepas aku habiskan dengan bekerja di mana lagi agaknya?
Petrosains....pusat sains terdekat anda wahai orang-orang kL...
Something unexpected happened here and wow....sangat teruja bagi aku untuk kekalkannya.

Something teruk juga terjadi..aku kehilangan cahaya.
Cahaya yang dulunya menyinari hidup ini kini sudah hilang...dan aku fikir dan harapkan bukan selamanya.
cahaya itu hilang akibat penyuruhan mereka yang aku sangat sayang.
Fahamilah...aku cuma menjalankan tanggungjawab dan kewajiban aku...

Aku bersyukur pointer masih dalam keadaan yang baik...dan aku bersyukur kerana aku masih tabah dalam menharungi onar dalam hidup yang fana ini.

Cuti ini juga aku terpaksa jadikannya pendek kerana aku ingin merasai sendiri menjadi ikon bagi pelajar-pelajar baru UiTM seluruh Malaysia iaitu Abang Pembantu Minggu Mesra Siswa yang mesra yang pernah aku kurang senangi dahulu. Akan aku ceritakan apa yang aku mampu tentang ini dalam post yang lain.


Sedih.

04 May 2009

Bila Aku Tidak Suka Ekonomi

Ya, aku faham kepentingan ekonomi di Dunia manusia ini
Tapi hakikatnya, bila sudah tidak minat, hendak buat macam mana?

Serulah pakar akauntan dan ekonomi dari sepelosok inci alam ini
untuk mengajar aku,

Bila sudah tidak suka, minat pun tiada, memang susah hendak dilaksanakan,
betul tak Iz?
Punyalah payah untuk menyelesaikan permasalahan mudah
seperti mengira GDP dan juga Cost Production.....
Ya Allah Ya tuhanku......Nak termuntah pun ada...

Tapi seperti biasa, aku tidak berdaya melawan semua ini dan
terpaksa bersengkang-mata
menjawab soalan-soalan semester lepas
yang sangat memeningkan aku.

Arghhh....cepatlah habis pelajaran Ekonomi ini...aku hendak bercuti dengan aman dan kembali sebagai seorang yang baru,

Yang pasti, aku tidak akan kembali sebagai seorang pakar ekonomi seperti Huda Mega
dan Ikmal Linda.

30 April 2009

Menjerit Hingga ke Gaza

Anda tidak perasan?
Atau buat-buat tidak perasan?

Aku sedikit musykil dengan Dunia ini,
Terutama sekali tentang kuasa media di Dunia ini,
Jika anda lihat, dimanakah perginya sifat prihatin media
terhadap rakyat Palesti di Gaza?
Mana hilangnya pendedahan penderitaan mereka?

Bagi aku, media dunia pandai menutup satu-satu cerita, dan mewujudkan
satu lagi berita untuk dibualkan masyarakat.

Dan kesannya?

Penderitaan seperti saudara kita di Palestin terus diabaikan.
Jika pada satu saat dulu kita dengar jeritan anti-Yahudi,
kini sebarang bisikan pun kita jarang dengar.

Umat Islam terus terseksa di sana,
Dan kita berbangga dengan hasil materialistik
dan duniawi yang orang Kafir telah wujudkan untuk menyesatkan kita;
terutama melalui media.

Marilah kita bangun sebagai satu ummah yang kuat, dan gunakan media kita pula;
Untuk menjerit hingga ke Gaza.

20 April 2009

Bebelan Mengarut

Pelbagai isu menarik berlaku di persekitaran aku kebelakangan ini.
Dari isu pemecahan sel-sel otak disebabkan ulang-kaji untuk Finals, sehinggalah
dikejutkan dengan peristiwa Iztidhar dimasukkan ke hospital kerana penyakit "misteri".
Kasihan Iz. Tapi dia sudah selamat sampai ke bilik tercantiknya di Kolej Jebat.

Baru saja habis exam untuk Advertising, boleh jawab, tapi rasanya tidak cukup bagus lagi,
Apakan daya kan?

Perlu menunggu untuk empat lagi empat lagi exam, cukup banyak untuk seorang insan seperti aku ini.
Apakan daya kan?

Hendak menunggu tidaklah bermakna aku perlu bersengkang mata "menonton" buku-buku teks kan?
Jadi aku memenuhi masa lapangku dengan termenung ke luar tingkap.
Ah, tidak tahu hendak berucap apa lagi tetapi aku cuma mahu katakan yang aku cintakan semua orang. Apa aku ini.

01 March 2009















stop your life
your normal life
feel the air around you
feel the heat of the sun
feel the coldness of the wind
think of the greatness of Allah SWT
and make changes to become a better muslim