15 November 2010
Bila difikirkan kembali, apa yang dicari kadang-kadang (selalunya) tidak dapat dimiliki. Kenapa? Kerana Allah sedang menguji kita. Mengapa Allah sedang menguji kita? Aku tidak mampu mengungkapkan kata erti sebenar, apa yang aku tahu, tidak kiralah apa caranya, Allah akan sentiasa menguji kita. Terpulang pada setiap individu bagaimana untuk menyesuaikan ujian itu dengan kehendak agama. Indah nya apabila dua itu bersatu. Tapi aku baru sedar, itu semua sukar. Setiap langkah aku ambil, membawa aku ke satu lagi ujian. Aku tidak boleh bercanda yang keras. Tidak boleh dan tidak boleh. Apa yang boleh dibuat? Teruskan baki nikmat hidup yang Allah telah beri pada aku....yang telah aku 'deal' dengan Allah semasa didalam rahim ibuku. Aku sedar segala yang telah, semasa dan bakal aku lakukan telah aku bersetuju dengan Allah sebelum ini. Keluhan rindu mungkin didengari, tapi dikabuskan oleh nafsu dan didukung syaitan. Indahnya bila semua itu dilabuhkan tirainya. Membuka sesuatu yang mententeramkan jiwa...menembusi hingga ke roh yang ditiup ke dalam jasad ini. Rohku haus...kelaparan..walau jasad kekenyangan, roh ku terus kebuluran..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment