Assalamualaikumwarahmatullah
Berbicara tentang hati, kadang-kala hati boleh tersilap tafsir. Kadang-kadang didorong oleh dukungan nafsu. Yang akhirnya membawa tertutupnya mata dan hati kita. Aku percaya, mata dan hati kita berhubung dengan begitu sempurna, yang membolehkan kita menilai keindahan Allah swt. Cuma proses 'penafsiran' itu akan diganggu oleh syaitan dan nafsu yang cuba menjadikan pemikiran kita, negatif. Oh, tidak, aku tidak berbicara sebagai seorang yang kuat beragama atau ahli falsafah atau ahli psychology yang maha hebat. Cuma, aku menulis hanyalah untuk meyampaikan buah fikiran yang kadang kala keliru. Haha, ya, aku keliru dengan pemikiran aku sendiri, kerana aku, sedang cuba berubah. Aku percaya, Allah ada di situ, di sini, untuk aku, dan juga semua hambaNya
Kebelakangan ini, makin hebat apabila dunia kita dihidangkan dengan informasi mengenai perihal bagaimana dunia yang kita hidup ini sebenarnya penuh dengan penipuan dan hasutan. Pasti kita pernah dengar mengenai
Illuminati.
Free Masons.
The All Seing Eye.
Subliminal.
The Artifact.
etc.
Semasa pertama kali aku menelaah perkara-perkara ini, aku begitu teruja. Dapat mengetahui perkara-perkara itu buat aku ingin tahu dengan lebih lanjut. Menarik, sangat menarik. Tetapi makin lama memikirkan perkara-perkara ini, timbul pula rasa resah aku. Aku tidak dapat menyimpulkan yang mana satu betul dan yang mana satu salah. Fakta-fakta yang dihidangkan bolehlah aku kategorikan sebagai informasi yang berat dan sangat mengelirukan kadang-kadang. Aku berdiskusi dengan beberapa rakan tentang perkara ini. Majoriti bersetuju yang ramai insan, (kebanyakannya Muslim) seolah obses dengan perkara-perkara ini. Obses ini, aku percaya menghanyutkan manusia sendiri. Bagus untuk menerima dan menelaah informasi-informasi ini, tetapi alangkah indahnya apabila penerimaan fakta-fakta ini disusuli dengan penyesuaian cara Islam yang baik. Ilmu dan sejarah Islam aku kira penting untuk asas kita, kemudian disusuli dengan pemahaman tentang isu-isu kabur seperti yang diatas. Aku dan rakan-rakanku percaya, jika kita sama-sama mendalami dan mengamalkan semantik dan ilmu Islam dengan baik, kita tidak akan risau atau takut dan terpedaya dengan perkara-perkara diatas.
Penulisan kali ini mesejnya tetap sama, aku cuba menyesuaikan, dan aku percaya penyesuaian itu hendaklah mengikut cara Islam.
No comments:
Post a Comment